Semalam Mama marah2 Fahda sbb suka buat sepah satu rumah.. pagi sebelum tu, Babab dah marah fahda pasal rengek-rengek masa nak pakai tudung. So malam tadi Fahda macam merajuk, siap tulis kat white board.

“Fahda senang aje. sape yang marah-marah fahda, fahda tak nak tolong orang tu kalau orang tu minta tolong. Mama ke baba kee.. “

Fuuhhh ayat dia tu.. Mama jwb tulis dlm white board gak. “kalau fahda tak nak tolong mama, mama pun tak nak tolong fahda buat susu, gosok baju sekolah, basuh kasut..”

Dia jawab… “ Fahda tak setuju.. …”

Saya jawab balik.. “Mama setuju sebab mama marah sbb mama sayang fahda”

Dia jawab… “ Fahda tak setuju.. sayang mana boleh marah…” pas tu nak tiidur tu Mama explain lah… blaa blaaa…

Pas tu pagi ni.. dia tulis kat whiteboard… “ fahda setuju.. fahda love mama”

hehee.. Sekarang ni kebolehan fahda menulis ayat2 yang power memang dikagumi… hehee..