Bari ni dalam forum.cari.com.my, ada parents tanya macam mana nak bg anak tu buat homework yg cikgu bagi kat sekolah, sebab anak dia tak nak buat homework tu..

Actually learning & homework tu start from home, tak payah tunggu cikgu bagi baru nak buat homework. parents sendiri bg homework kat anak.. by age 5 years old tu korang printlah worksheet dari internet ket, or beli buku latihan untuk diorang buat every day.

jangan cakap buat exercise.. cakap hari ni mama nak bg homework. buat ni ms 1 & 2. lama2 they’ll get used with perkataan homework itself. selalu me masa anak tengah sibuk main tu, me akan panggil anak duduk sini sekejap buat homework ni satu muka surat. lepas tu baru sambung main. dulu-dulu satu baris, 2 baris, 3 baris.. lama2 baru naikkan jadi 1 ms, 2 ms.

As for me, tak de tetapkan masa untuk dia belajar, sbb takut dia tak nak & tak fokus… tak pernah push, kalau dia tak nak buat meaning dia x nak buat, Ok take your own sweet time. nanti bila free kita sambung ye..

Free tu bukannya tunggu masa anak tu betul2 free atau dah habis main, memang tak pernah free /abis main pun kannn?? cuma saya akan ambik masa sekejap2 tapi banyak kali, lepas mandi, kacau sekejap masa tengah2 main tu, sementara buat susu, sebelum tidur, sebelum makan, sebelum wonderpet, sementara iklan etc.

Kiranya my girl Fahda, now dah 6 yo, dalam 1 hari Sabtu/Ahad yg kalau tak pi mana2, dia dapat buat 10 -20 muka surat exercise dari buku yg me beli kat kedai… kalau dapat homework dari sekolah pun mcm tu, balik sekolah terus buat mana yang senang dulu, lepas tu mainn.. lepas mandi kang dia sambung sekejap. pas tu stop sebelum tidur, baru saya guide dia buat yg susah2 pulak.

Alhamdulillah math is her best subject kalau 20 simple soalan tambah tolak dalam 5 minit dia dah boleh siapkan cepat. full mark lak tu.. lepas tu dia akan sambung main. cara ni akan bagi dia fokus & quick thinking to solve the problem.. anyway mula2 memang dia akan rush buat homework tu, tp lama2 dia akan jadi biasa, and slowly take her time to do homework / solve to problem.

Ini cara saya & it work for my kid.. saya tak pernah push my girl tu study, tp because my of way of bg dia homework everyday & konsisten, so dia sendiri rasa it is her responsible to finish the homework.

Cuba lah & tell me what is your experience…