For the first time, semalam 6/6/2009 Fahda belajar renang di Kompleks Sukan Panasonic (PSC). Registration RM20, Monthly RM50, kelas 4 kali sebulan. Fahda is attending Saturday class, 10 am. Her instructor name – Mr Morris & Mr Don, 2 young Chinese handsome guys!

Anyway semalam Fahda agak nervous & gugup kot. Nasib baik ada 1 kid – 4 year old (her name is Kimberly) yang baru join. Instructor cakap Fahda lambat warm up.. yes she is. For the first class cikgu cuma ajar breathing in water & movement kaki dalam air. Yang interesting nampak Fahda merangkak tapi kaki berenang.. adui.. penat jugak tu tangan nak berjalan / support badan dalam air.

abis kelas aje, she look happy but refused to comeback.. Mama just biarkan her feling. mula-mula aje tu.. while changing the swimming suit, Mama sembang2 dengan Fahda. memang dia excited.. & lama2 cakap hmm.. Fahda nak datang lagi laa.. fahda nak belajar sampai pandai.. Finally! Good girl.. i love you girl. Nanti Fahda ajar mama berenang yeeee…

Info :

1. Kids age < 5 years, fees RM 70 a month. Kimberly’s mother told me it is because of the instructor have to give more effort to teach kids at this age. It’s true.. looks like Kimberly hard to understand what the instruction given.

2. Kids age > 5 tears old and < 12 years old, fees RM50 a month.

3. Kids > 12 years old dikira adult, fees RM 70 a month. hmm.. I am thinking to join the class and learn together with Fahda.. happy mama-fahda moment! Sounds good..

4. Balik dari PSC singgah ke warehouse sale Harvey Norman, nak cari Vacuum. Unfortunately cuma ada satu model VC aje yang ada kat warehouse sale, brand electrolux, harga from 199 get 149. tapi tak sesuai lahh.. rumah mak besar, VC jenis tu sesuai untuk small apartment.. yg barang electric lain tu memang murah sangat.. 40%, 50%, 70%…

Info dari keratan Akhbar :

Berenang – Tingkat kepekaan kanak-kanak


Sharifah (dua dari kiri) mengajar kanak-kanak cara mengapung dan mengimbangkan badan ketika di dalam air.

Anakku Sayang
Oleh Siti Zaleha Jorimai

SIFAT semula jadi kanak-kanak sememangnya gemar bermain dengan air. Melihat kecenderungan ini, ibu bapa mungkin boleh mencungkil potensi anak dengan menghantar mereka belajar berenang secara betul.

Ini kerana menurut hasil penyelidikan, berenang mampu meningkatkan tahap kepintaran, konsentrasi dan kepekaan kanak-kanak.  Ia juga membantu dari segi perkembangan sosial, emosi dan fizikal kanak-kanak, di samping sebagai riadah yang memberi ketenangan dan suasana relak.

Jurulatih renang bagi kanak-kanak, Sharifah Hanum Kassim berkata, berenang membina otot yang kuat pada kanak-kanak, selain melatih mereka bernafas dengan betul terutama ketika berada di dalam air. Beliau berkata, air yang menjadi beban, dapat memaksa kanak-kanak menggerakkan tubuhnya dengan lebih kuat, sehingga seluruh otot tubuh bekerja keras.

“Dari kaki, tangan, hingga kepala seluruhnya digerakkan. Tubuh kanak-kanak menjadi terlatih dan daya tahan tubuhnya juga lebih kuat,” katanya. Beliau berkata, latihan berenang sejak kecil lebih menguntungkan daripada ketika dilakukan setelah anak memasuki usia remaja. Ini kerana menurutnya, potensi atau kemahiran yang ada dalam diri seseorang lebih mudah dilentur ketika masih berusia muda. Bagaimanapun katanya, dalam apa juga aktiviti kecergasan termasuk berenang perlu ada batasan mengikut peringkat tumbesaran kanak-kanak tersebut.

“Berenang mampu memberi manfaat jika dilakukan dengan teratur dan betul, sebaliknya jika latihan yang dilakukan melebihi kemampuan kanak-kanak tersebut, ia boleh membawa akibat buruk,” ujarnya.

Menurut Sharifah Hanum, kekerapan berenang yang baik bagi kesihatan adalah tiga kali setiap minggu, manakala maksimum yang boleh dilakukan lima kali seminggu. Beliau yang berpengalaman lebih lima tahun sebagai jurulatih renang menjelaskan, kemahiran berenang biasanya dapat dikuasai sepenuhnya oleh kanak-kanak selepas menghabiskan tempoh 12 sesi pembelajaran, di mana setiap sesi mengambil masa sejam.

Katanya lagi, terdapat beberapa peringkat pembelajaran yang perlu diikuti sebelum seseorang kanak-kanak itu mampu berenang dengan betul.  Bagi sesi pertama pembelajaran katanya, kanak-kanak akan diberi masa menyesuaikan diri dengan suasana kolam renang dan penerangan mengenai langkah-langkah keselamatan yang ada.

“Sebelum memasuki kolam mereka akan dilatih mengenai cara pernafasan yang betul, antaranya dengan menarik nafas ketika timbul di permukaan, dan melepaskannya ketika berada di dalam air. Kemahiran ini biasanya mampu dikuasai dalam tempoh satu sesi,” jelasnya.

Ini katanya, diikuti dengan cara-cara mengapung dan mengimbangkan badan di dalam air, sebelum mereka diajar mengenai teknik berenang seperti pergerakan kaki dan tangan.

“Terlebih dulu mereka akan diajak berenang di tempat cetek sebelum beralih tempat yang lebih dalam bergantung keberanian setiap individu,” ujarnya. Menurut Sharifah Hanum, antara cabaran mengajar kanak-kanak berenang ialah mengatasi perasaan takut yang menguasai diri mereka.

“Bagi yang pertama kali masuk ke kolam renang, mereka biasanya akan berpaut dan enggan melepaskan tangan jurulatih.

“Kehendak dan keperluan kanak-kanak mesti dihormati. Justeru, mengajar kanak-kanak berenang perlu dilakukan dengan sabar, lembut dan mesra.

“Jangan terlalu mendesak atau berkeras terhadap mereka. Biar mereka berenang dalam suasana yang meriangkan dan merasai ketenangan serta keseronokan berenang,” katanya. Beliau berkata, langkah-langkah keselamatan merupakan antara perkara utama yang dititikberatkan sepanjang kanak-kanak tersebut berada di dalam air. Katanya, selain jurulatih yang berpengalaman, perlu ada pengawal kolam renang dan kelengkapan keselamatan lain seperti jaket keselamatan dan pelampung.

Sementara itu seorang ibu, Rokiah Tahir, 39, menghantar ketiga-tiga anaknya yang berusia antara 7 hingga 10 tahun belajar berenang bagi mencungkil potensi yang ada dalam diri masing-masing.

“Kami selalu pergi bercuti dan kebiasaannya hotel penginapan mempunyai kolam renang. Dari situ timbul idea, mengapa tidak dimanfaatkan kemudahan tersebut. Sekurang-kurangnya apabila mereka sudah pandai berenang saya tidak berasa takut untuk melepaskan mereka, lebih-lebih lagi di kolam renang ada penjaga”.

Menurutnya, sejak pandai berenang anak-anak mempunyai keyakinan diri lebih tinggi di mana mereka berani berenang di bahagian dalam kolam. “Di sini mereka juga boleh bergaul dengan rakan-rakan sebaya,” katanya. Menurutnya, di kalangan rakan-rakan mereka juga lebih menonjol dan berani bersuara berbanding sebelum ini. Katanya, dengan menghantar mereka belajar berenang sekurang-kurangnya memberi kemahiran dan memupuk minat anak-anak.

“Dengan minat tersebut mereka tidak menghabiskan masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Selain itu sedikit sebanyak mereka juga mengetahui langkah-langkah keselamatan apabila berlaku kecemasan,” katanya. Suri rumah sepenuh masa ini juga menaruh harapan minat anak-anak beliau dapat dikembangkan agar menjadi ahli sukan renang yang berjaya suatu hari nanti. Sementara itu, orang ramai yang ingin mendapatkan khidmat Sharifah Hanum boleh menghubungi beliau melalui talian O13-3725502.