UKM? masuk U ke..? Tak lahh.. UKM tu abbr from Ujian Kelayakan Masuk SRAI 19.

Last Saturday 30/5/209, pergi ujian masuk sekolah integrasi. ramainya parents… ada kelas A – Q. setiap kelas 35 orang..  Fahda masuk kelas M, no meja 26. Total dalam 550 student nak masuk darjah 1, seksyen19, yg nak masuk SRAI Sekseyn 7, Shah Alam pun ada, tapi tak ramai dalam 5 kelas (A-F)

Terasa suasana mcm pesta pulak sbb ramai parents, anak2 yang datang. jalan jammed. nak parking pun susah. anyway mama rasa bila naik darjah 1 nanti Fahda tak akan menangis. Dulu rasa cam ada can nak menangis Fahda ni, mesti seminggu kena tunggu kat sekolah rendah tu.. tp since hari sabtu tu tengok Fahda mmg nampak pendiam tp boleh ikut cakap cikgu yg handle dia hari tu dan rasanya Fahda boleh cope dengan suasana masa tu..  nanti tengok mama yg nangis..🙂 rupanya anak lagi kuat semangat dari emaknya.. sy tengok dia beratur masa tunggu masuk kelas tu pun sy dah menitis air mata.. aduiiihh… hehe tak sangka dah besar dah fahda..

niway, fahda kata soalan tu susah.. ada 4 soalan dia tak boleh jawab. sy tanya balik, 4 soalan ke, 4 helai kertas ke, 4 muka surat yang tak buat? nasib baik dia confident jawab 4 soalan ajeeee.. betul lah tu…  ada tulisan jawi tu dia tak jawab langsung..pas tu soalan yang suruh color2 tu langsung dia tak buat.. sebab malas. bukannya dia tak tahu.. dia kata boring lah kena color2 ni.. cam budak kecik.. kat sekolah hari tu dapat no 2, tengok kertas soalan, yg kaler2 semua dia cincai boncai aje.. haii tak tahu lah dia dapat ke tak..
 
Ibu bapa di benarkan menunggu di kawasan sekolah. tp mama tak tunggu lama sebab nak pergi ambik barang di rumah kawan mama. (barang ape? JDM5) Lepas tu terus temankan baba makan, duduk baca paper.. pukul 10 baru datang balik ambik Fahda. sementara tu mama pergi belikan air milo & kuih sikit untuk bekalan fahda.. mesti penat masa buat exam tu.

mintak2 ada lah rezeki dia kat situ…. tawakal aje. insya-allah. hari tu peergi sekali dgn azli, x-isd. nak masukkkan anak dia jugak.