Minggu ni fahda ada Assessment test untuk sekolah LC.

Isnin – B.Melayu & Matematik
Selasa – English & Agama
Rabu – Sains
Khamis – Recap

Rasa nya tak de masalah kot sbb Fahda memang ada rutinnya sendiri. At least 1 math worksheet in a day.  every day ada 2-3 worksheet math, BM, BI yang dia kena buat. Cuma yang mama risaunya sbb tak tahu nak ajar ape bila bab agama. Mungkin iqra’ dan tulisan jawi. itu aje yg mama boleh ajar.. Macam tu jugak dgn subject Sains. Sebab tu mama prefer kalau cikgu bagi anak2 ni bawak balik kerja sekolah. at least mama tahu ape yang dia belajar di sekolah. soal membebankan anak2 dengan kerja sekolah ada lah salah. bg mama bg kerja sekolah bermakna anak tu boleh meneruskan belajar di rumah, lebih fokus dan ini boleh membantu memupuk sikap belajar tak kira di mana pun berada. di rumah, sekolah, di dalam kereta.. everywhere… konsisten.

Anyway bila fahda balik on the first day of test, dia dengan bangga berkata yang Fahda yg siap dulu. semuanya betul. cikgu tak kasi tiru kawan. fahda rasa mcm senang aje. matermatik tak de tolak2 pun. ada campur aje.. (ni terlebih advance dah ni.. nak masuk darab dah kalau belajar di rumah). alhamdulillah.. Syukur. Tengoklah nanti final resultnya mcm mana. semalam balik dia siap dah inform yang dia dapat seratus 2 kali.. subjek ape tu tak tahu lah.

Betul lah kata orang anak yang exam, emak pulak yg kecut perut. anyway study is still going on sbb ada 1 more test ujian kelayakan masuk darjah satu sekolah rendah agam integrasi seksyen 19, shah alam. Mintak2 semuanya dipermudahkan. Amiinn…