Alhamdulilahh.. Panjang umur ku hari ini..

Di sini saya hendak berkongsi pengalaman Fahda bersekolah dan belajar membaca dgn cepat. I’m proud of Fahda. Sekarang ini tidak payah dipaksa2, senang sangat nak kejutkannya pergi sekolah.. Cuma time mandi tu kena lah layan kerenah dia. kadang2 over sikit mungkin sebab mengantuk lagi, tp apabila siap pakai baju, moodnya kembali OK.

Yang saya perhatikan, dari pengalaman sendiri dan pengalaman kawan yang lain, first & foremost untuk anak2 kita suka untuk pergi sekolah ialah the RIGHT school for your child. Sekolah yang betul2 sesuai untuk anak anda. Perhatikan environmentnya, cikgunya, kawan persekitaran dan jugak akhir sekali system yang sekolah/kindi tu gunakan.

Sebenarnya anak2 ni (lebih2 lagi kalau budak perempuan) bnyk bermain dengan emosi. Sama ada anak kita gembira atau tension belajar di sekolah tu, Suka atau tidak suka pada sekolah, pada environment sekolah, pada cikgu kesayangan, kawan2 yg baik semuanya mempengaruhi pembelajaran anak. Saya rasa situasinya sama juga dengan orang dewasa yang bekerja, memerlukan situasi yang seronok, bukan dengan situasi di mana boss yang suka marah2, gaji yg sikit… etc.

Fahda setakat ni sudah berskolah di 3 nursery/tadika daripada umurnya 3 tahun lebih.

3 – 4 tahun
2 minggu pertama di nursery, Fahda asyik mengamuk dan menangis saja. Namun selepas itu semua nya OK. alhamdulillah. walaupun tidak lah seperfect mana, namun rasanya tidak ada yang kurang bila mana melihat fahda kembali gembira.

5 tahun
Fahda bersekolah tadika pagi dan daycare pada petangnya di tempat sama. First 6 month perkembangan Fahda nampak positive. Tapi 6 bulan terakhir, prestasinya menurun, hilang minat belajar, malas pergi sekolah. Bila diselidiki fahda pun memberitahu 2 orang cikgu kesayangannya dah berhenti. alamak.. macam mana ni. nak tukar sekolah rasanya dah nak hampir akhir tahun.. so kami let her struggle her unproductive day there.. Kejamnya kami tp terpaksa.. dan kami juga perasan yang cikgu seringkali bertukar. Ramai cikgu baru tapi tak lama, ganti pulak dgn cikgu yg lain. Saya tak pasti apa masalah tadika tu..

Di sini sy ingin mengesyorkan kepada pengusaha tadika, kindegarten supaya mengikat cikgu2 mereka dengan kontrak sekurang2 nya setahun. kalau nak resign mestilah di hujung2 tahun. Ini untuk mengelakkan anak-anak hilang tumpuan dan terganggu dengan kehilangan cikgu2 kesayangan mereka..😦.  It is a must!

6 tahun
Nekad nak tukarkan Fahda sekolah lain, saya registerkan fahda ke Little Caliphs selepas survey bnyk sekolah di Shah Alam ni. Di Little Caliphs saya dapat tahu yang cikgu2 disini ada kontrak setahun atau 2 tahun mengikut latihan yang diberi.. alhamdulillah.

Masa first time survey Fahda dah suka sangat sekolah tu. Kami register nama, esoknya terus nak pergi sekolah baru. So obvious dia tak nak pergi sekolah lama.. aduhaiii.. So kami hantar fahda 2 weeks sebelum sesi sekolah bermula yang mana fahda duduk di sana untuk daycare.  Alhamdulillah…

Dalam masa 2 weeks tu jugak Fahda menjalani intensive reading class, yang mana menggunakan kaedah fonik dari buku Bacalah AnakKu. Bacalah AnakKu ni ada 8 set bukunya. Fahda sempat habis 4 buku, dan seterusnya dah mula buka sekolah cikgu pun sibuk menguruskan sekolah. Akhirnya saya yg sendiri yg ambik initiatif sambung mengajar Fahda membaca hingga ke buku 7 sekarang ni. Hmm.. buku 6 agak berat sedikit so Fahda ambik masa yang lama untuk lancar membaca buku 6.

Oh yaa.. sekarang pun Fahda dah ada cikgu kesayangannya.. Fahda selalu cakap, “Cikgu yang sayang fahda tu, blaaa blaa blaaa.” untuk refer ke Cikgu Mas kesayangannya tu. Terima kasih Cikgu..

Ooppsss.. nanti kita sambung lagi ye…