Bertanya pada seorang kawan mengenai anak lelakinya yang sebaya Fahda. “Dah pandai membaca ke belum?”

Kawan tu menjawab, “Tak haraplah dia boleh membaca seawal ini… ”

ha? oo.. okay faham sebab anak dia lelaki. seperti umum saya faham lelaki sifatnya nakal, kurang dengar cakap, kurang konsentrasi. Namun pada pendapat saya, belum cuba belum tahu. Dan kerana anak itu anak lelaki lah ibu bapa harus berusaha lebih untuk memastikan anak itu  mendapat didikan seawalnya.

Bagi saya tak mengapa kalau anak itu lambat tangkap, susah nak dapat apa yang diajar. Yang penting ialah konsistensi ibu bapa mengajar anak itu. Ibu bapa harus konsisten mengajar, kalau tak dapat cara A, gunakan cara B. Kalau tak boleh 30 minit, buat 10 minit or 5 minit. 5 minit tapi konsisten setiap hari pada bila2 masa.

Kalau saya, Fahda jenis yang mudah diajar, dan selalunya saya akan mengajarnya sampai dia sendiri surrender. Pada mula dulu memang sy tetapkan 5 minit curi2 masanya sekejap untuk membaca fonik2 yang mudah. sekurang2nya abis 1 muka surat, kemudian sy lepaskan fahda untuk bermain lagi..

Contohnya :
– kalau duduk depan TV, masa iklan tu saya duduk bersamanya baca lagi 1 muka surat. habis iklan saya bangun.
– masa fahda tunggu saya buat susu, sy bg dia buku untuk dibaca. We must give & take. I prepare your susu and you read this book for me. 1 page only.
– sebelum keluar bermain about 1 hour, Fahda kena membaca sekurang2nya 2-3 muka surat, ikut level susah/senang buku tu.
– sebelum tidur, bacakan 1 buku atau pun bercerita.

Tak lama.. itu semua dalam masa 5 -10 minit sahaja. Lama-kelamaan dia sudah biasa, dan menjadi amalan, akan dibuat tanpa disuruh. Kalau di suruh pula, dia tidak akan membantah.

Saya sangat bangga bila Fahda cakap, “Fahda suka pergi sekolah sebab dekat sekolah, Fahda boleh baca buku banyak-banyak… ”🙂 haii.. sejuk perut mama ni….

Saya percaya setiap anak-anak ada level, track tersendiri semasa belajar. Ada yang boleh mengejar dengan laju, ada perlahan. Yang penting pembelajaran itu harus berterusan. Bila sampai masa, anak yang perlahan itu dengan sendirinya akan dapat memahami apa yang diajar. Macam magic!