Hari ni nak cerita pasal rambut Fahda. Rambut Fahda ni pelik sikit sebelah kanan lurus beralun, sebelah kiri pulak setengah lurus, setengah kerinting yg amat sangat.  bila basah rambutnya nampak cantik aje, nampak sama panjang. tp bila dah kering, setengah rambut dari kepala sebelah kiri semuanya bergulung-gulung..  jadi pendek sgt. tiap kali lepas bangun tidur rambunya jadi mengerbang.. hehehe tp nampak cute aje fahda ni sbb mukanya tu mmg dah cute. kalau botak pun mmg cute..
 
so memang menjadi masalah kalau nak pergi sekolah tu saya terpaksalah spend time 5-10 minit sbb nak menguraikan rambutnya tu.. masalah.. masalah.. tersangkut2 rambutnya dekat sikat tu. pernah patah sikat tu dibuatnya.. adik ku Efa pulak cakap rambut fahda yg kerinting tu mcm bukan rambut manusia.. pulak.. mcm rambut palsu yg kusut aje.. mmmg payah nak urai kann…
 
so sabtu lepas saya pun nekad nak memotong rambut fahda. tapi tak reti lah nak potong sendiri. dengan ditemani mak, adikku Efa, Epit, kitorang pun pergi setelah puas meyakinkan fahda that she will be prettier with her new short hair. tadaaa.. fahda nampak takut tp cuba berani2 jugak. kitorang singgah salon Syelin kat section 18. nasib baik si tukang rambut, tuan punya kedai ada. Lin namanya.. peramah.. dan pandai layan budak2.
 
so rambut fahda pun dipotong pendek. selepas mendapat nasihat daripada lin, dia pun potong rambut ikut patern yg dia nak.. haha… at last resultnya sgt lah memuaskan hati.. mana taknya bila blow & tarik dgn sikat rambutnya nampak lurus. nampak comel aje fahda. teringat ada satu gambar fahda yg stylenya sama mcm tu… lepas tu sy pun ambik peluang gak nak potong rambut.. haha.. ape-ape style lah janji rambut ni pendek. resultnya wallahhh!!…
 
fahda pun puas menayang rambut dia tu.. kat pakmakngah dia, kat atuk, kat babah… tak sabar nak tayang rambut pada klong & adik2. sy yg masa tu duduk kat ruang tamu, terdengar 3 beradik tu menjerit tengok rambut baru fahda. “Fahda potong rambut ke?” “Ya-allahh.. potong rambut??” hahaha nak tergelak saya..
 
Pagi ni alangkah senangnya nak pakai baju sekolah & tudung. tak payah sibuk2 nak tarik rambut ke depan. pagi ni ikat separuh rambutnya tapi alangkah senangnya… pakai sikat kutu aje pun senang nak sikat.. sbb tak jumpa sikat.. hahaha… alhamdulillah.. kenapalah dari dulu tak potong pendek…