balik kelantann.. best gilerrr…!! disbbkan aku ni bukan orang kelantan so, aku rasa terasa amat seronok kalau dpt balik kelantan…

1. first sebab makanannyaa.. sedap2.. pas tu murah pulak tu.

tiap2 hari makanan breakfast beli kat luar aje.. RM 10 dah boleh kenyang sampai tengahari.. itu utk 10 orang makan tu.. atas meja makan opah tak pernah tak de makanan.. sentiasa ada ajee.. pisang goreng, ayam goreng, kuih muih 2-3 jenis.. nasi kerabu, nasi kapit.. nasi kapit tu nasi putih berlauk.. Fahda suka sangat makan nasi kerabu. tiap2 hari mintak nasi blueee…. kuih muih still RM1 – 4-5 biji… kat KL RM1, 2-3 biji aje…

pergi pasar borong pasir puteh, beli breakfast kuih2 sampai RM9.. fahda terkejut sbb bnyk sangat makanan.. sy pun terkejut gak.. penuh satu plastik… dalam kepala pikir mana satu aku nak makan ni.. hehheee… mewah betul dengan makanan…

hari tu makan kat luar untuk 6 orang, amik 2 ketul ayam masak 4 rasa, 1/4 ayam percik, ikan keli percik.. 2 air sirap limau, 1 milo panas, 2 air teh o ais, 1 teh tarik. nasi 6 pinggan. pas tu tapau lagi lauk untuk bawak balik. 2 ketul ayam masak 4 rasa, ikan keli percik, kari kepala ikan.. teka lah berapa semuanya…? semuanyaa cuma RM30 aje.. murah kannn… kalau kat KL, makan 2 orang nasi + lauk ayam + sayur + air suam pun dah cecah RM10…

2. Kedua sbb Fahda boleh mandi pantai. tak jauh dari rumah opah. about 10 minit drive. nama pantai tu Tok Bali.. Tok Bali tu memang pantai baru di naik tarafkan jadi kawasan peranginan.. best giler… pantainya bersihh sangat. kat sepanjang pantai tu ada banyak kulit2 siput, kepah… fahda seronok sgt. tu yg paling dia suka kalau balik kg ni.. boleh mandi laut sepuas2 nya…

Kat situ ada jeti ikan.. nelayan2 balik semua stop kat pit stop tok bali. Ikan2 fresh terus naik ke pasar. ada bangunan besar mcm pasar sekseyn 16, shah alam ni… tp lagi besar pasar sana… so petang2 after asar tu ramai lah yg berkunjung ke jeti tu, nak cari ikan freshh.. tiap2 hari khamis malam jumaat pulak ada pasar minggu.. mcm pasar malam.. barang sana memang murah gilaaa…!!!

3. ketiga lakk… off courselah boleh shopping sepuas-puasnya kat sana. tak payah pergi rantau panjang, pengkalan kubur or KB.. Pasir puteh pun dah cukup murah. actually tak sempat nak ke KB or rantau pjg. tp rantau pjg time2 cuti ni memang harga naik sekali ganda. lagi satu sebb pasir puteh ke rantau pjg/KB makan masa 1 jam.. Jalan nak ke sana pun selalu jammed. .. tu yg malas nak ke sana tu.. hubby pun tak suka sgt nak drive ke sana.. cukup lah kat pasar pasir puteh aje..

hari tu shopping tudung.. tudung 4 x RM8, tudung mak RM30, tudung Ekin RM24, baju kurung fahda RM 24 – kain kualiti sungguh.. Toto besar utk mak RM35, toto baby RM15, gaun Fahda RM18. keropok 2kg RM14.. rasa nak shopping blouse tp fahda dah bising nak balik.. anyway sangat puas hati sbb dpt beli baju kurung fahda..

4. on the way balik tu pergi bundle, cari kain langsir untuk sliding door. off course lah 2nd hand kann tp kualitinya bagus sbb kain2 langsir / comforter tu dari hotel2 di Jepun/UK. kena pandai cari sbb bnyk gak design yg menarik tp size tu tak sama pulak dgn sliding door. kat sini > 30 minit gak lah… last2 dapat 2 langsir sliding door RM 70. tilam/comforter fahda single size RM10, comforter fahda RM5, comforter queen size cantikk sggtttt.. tebal lak tu RM10.. kalau kat sini mahunya ratus-ratusan tu… kat kelantan ni mmg terkenal dgn bundle2 ni.. bukan kain baju je bundle.. kerusi meja tilam pun boleh bundle.. maknanya 2nd hand lah tu.. 2nd hand diorang bukan mcm 2nd hand kat KL/sel.. 2nd Hand diorang tu mcm baru stahun 2 guna…harga pun murah kalau compare dgn KL/Sel.

anyway masa nak balik tu.. Myvi tu mcm tak cukup tempat dah.. bonet dah penuh, tempat letak kaki jadi mangsa.. sit belakang pun penuh gak.. hahaaa.. bab tu pun seronok jugak.. selain daripada kat atas ni off course lah sbb orang-orang kelantan yg teramat ramah tamah… tu yg seronok tu.. kenal sedara mara jauh & dekat. boleh katakan satu kg ni masing2 ada pertalian darah sedara mara…