Ahad lepas (2/11/2008) buat birthday fahda yang ke 5 tahun. ngam2 jer jemputan. mak bapak & adik beradik & makcik pakcik & cousins.. maklum ler rumah kecik jer.. itu pun ada yg tak datang. kalo lebih dr tu, tak tahu mana nak letak diorang.. Fahda seronok sebab anak2 cousins ramai yang datang. dapat hadiah set coloring Pink Dora from Mak Ngah Ati, buku cerita from Wan Tam & Mak Long (Fatin, aiman, akiff), Jam tangan barbie from Wan & Ika. pastu duit angpow kaler merah.. Terima kasih to all.

Menu masak laksa & spaghetti.. nasi impit & kuah kacang. tapi.. ada cerita sedih di sebalik kuah laksa tu… huhu… cam ni.. kuah laksa tu dah siap semua hari sabtu petang.. malamnya panaskan sekejap, masa tu pulak sibuk nak rebus nasi impit, rebus telur.. so dgn dapur yg kecik tu, punya lah aku careless nak letak barang, tertutup periuk laksa tu, & letak periuk lain atas periuk laksa tu.. tak lama 2 jam jer.. masa nak tidur tu baru teringat nak check balik kuah laksa tu.. rupanya dah berbuih2 kak.. dah basi.. periuk panas lagi.. aaaa nak menangis dibuatnya. sebelum tu gas pulak abis.. around kol 11 malam. nak panaskan balik pun tak leh.. so aku berdoa ajer lah. masukkan dalam fridge dgn harapan boleh diselamatkan lagi.. .. esoknya tengok berbuih2 lagi siap dah berbau dah..
 
kol 7.30 suruh asben call gas, dia pi pasar beli ikan balik. dah tu aku pesan beli ikan jer.. bahan2 lain lupa nak pesan cam bunga kantan, daun kesum, bawang pun inggal berapa bijik dahhhhh.. ishhh semua lupa. nak masak laksa tu mcm2 terjadi.. masa nak blend, blender tu boleh meletup lak.. habis dapur kena air ikan.. mcm2 lerr.. Nasib baik adikku Ika yang manja itu, tidur kat rumah aku. so dia yg bnyk tolong. laksa tu pun di masak secara express & dgn bahan ape yg ada.. tulang ikan pun mana yg sempat jer ditanggal. tu ler ceritanya sedih betul.. Macam siaran ulangan lak buat laksa tu. mmg dah nangis dah saya masa tu.. nak cancel kan majlis pun ada gakk.. nasib baik speghetti dah siap dah.. sabar jer lah..
 
nasib baik orang semua paham so ada yg komplen lah.. kurang masin, kurang masam, tawar.. ishhh tak kuasa nak dengar!! anyway learn from mistakes.. next time kalo nak buat nak, main dish tu order jer.. cam serik nak masak sendirikk… careless sikit jerrr… rasanya kuah laksa yg 1st tu lagi sedap dr yg 2nd tu sbb serba kekurangan bahan2… laksa oh laksa..!

anyway just note for myself. for simple party yg memenuhkan ruang rumah ku yg sebesar 984sft tu.. :
For Laksa
= ikan sardin 1 1/2 kg + laksa basah 3 bungkus. jangan lebih nanti membazir lak.

For spaghetti
= daging cincang ramly burger tu 3 bungkus + 2 bungkus spaghetti + bahan2 lain tu agak2 ler..

nasi impit
= 2 bungkus jer cukup (33 x 2 peket kecik ketupat)