Again, hari Jumaat aku belanja budak office makan.. again at Kedai Kopi Tasik Shah Alam. Kali ni sebab aku naik grade sikit.. hehehe.. alhamdulillah rezeki aku. tu yang nak share dgn diorang.

aku dah siap order awal2 by phone. Takut terlambat ajer. Malangnya aku yang lambat sebab boss panggil masuk meeting, lagi 10 minit nak lunch hour. hmmm.. aku keluar 10 minit after lunch.. lambat sikit. muka masing2 dah monyok.. tak pe aku yg belanja korang makan kann.. sampai sana semua dah ready.. makan jer lah.

total RM72.50 untuk 6 orang makan
1 nasi goreng Cina
2 Mee bandung (hmm sedap ya-amat…)
3 Chinese chicken chop. actually ni salah order.. patutnya nak grill chicken chop..
5 ABC yg amat besar. tengok harga RM4 setiap satu..
1 air jus kiwi

alhamdulillah…