Sabtu lepas aku pergi MAHA 2008 dgn mak, makngah, Ika & fahda. husbnd tak p sbb dia malas nak sesak2.. sebelum pergi tu aku dah survey2 forum untuk membaca feedback2 mereka yg telah ke sana. so far feedback sgt bagus but bab long Q, sesak2 ni yang melemahkan semangat aku nak pergi. Disebabkan aku dah berjanji nak bawa mak ke sana, so aku redah ajer.. sebenarnya nak ke sana pun aku tak pasti macam mana. Tp Mak Ngah kata rempuh jerrr.. so aku pun ikut jer lah cakap dia. Dari Shah Alam, pukul 10, aku ikut kesas highway keluar ke sungai besi dan terus ke UPM. dari sana masuk masuk ke kawasan MARDI. Ya-Allahh besarnya MARDI ni.. aku ingat mcm office kecik & kelilingnya ada pokok2.. luas nya mcm cameron highlands sebab setuap satu kawasan tu ada tanam pokok2 semaian. Aku drive lagi sampai ke pintu 1. alhamdulillah jalan tak jammed seperti yang ku bayangkan. Parking pun senang.

tapi dari tempat Parking tu jauh jugak nak berjalan. so kami tunggu tram. beratur panjang tp tunggu sekejap ajer sbb tram tu boleh muat dlm 50 orang kalau tak silap yg duduk 36 org, yg berdiri 24. kalau aku tak silap pandang lah ye..

best mmg best especially masa lalu kat agro bazar.. bnyknya makanannnn. boleh test mcm2. air pun mcm2 jenis leh rasa. almost 300 gerai tu semua bg rasa. air tonik pun ada.. fahda seronok sbb dia boleh rasa semua tu.. sampaikan nasi pun dia nak rasa.. sampai 3-4 kali round. keluar tu rasa kenyang makan ajerr.. first time pegang pokok padi. ingatkan lalang.. pastu rasa jem cempedak. sedap tp tak leh makan bnyk.. angin. bnyk makanan pelik2.

bnyk tempat tak sempat pergi sbb luas sgt.. tak larat berjalan, nasib baik fahda in good mood. cuma nak pergi round the whole mardi tu tak sempat lah.. org mmg ramai tp tempatnya luas so tak de lah sesak. cuma toilet laaa.. nak kena tunggu. beratur pjg. so buang masa kat situ.. nak parking senang jer may b sbb kitorang pergi pagi so bnyk lagi tempat kosong.