Next Week, Fahda akan ikut rombongan sekolah ke Zoo Negara. Aku dah dapat surat dari sekolah. wah ape lagi seronok lah dia.. taaapi awal2 lagi dah cakap “Mama, nanti mama jumpa cikgu, mama tanya.. boleh tak saya ikut sekali?”

heheee.. Nak JUGAK mama ikut. aku pun menyediakan seribu alasan kenapa aku tak boleh ikut.. biarkan dia rasa experience pergi dgn kawan2. tp aku rasa.. mcm nak bg jer cikgu dia pinjam camera aku ni.. tolong ambik gambar fahda & kawan2 bnyk2..🙂

aku ingat dah settle dah issue nak ikut dia pergi Zoo.. tp malam td dia ambik hp aku, suruh aku dial no telefon emak aku & adik2 aku – DE, efa & ika.

wan nak pergi zoo tak? wan tak pernah pergi kan.. wan mesti ikut fahda..

DE nak pergi Zoo tak?

Paa.. nak ikut fahda pergi Zoo tak?

Ikaaa.. fahda nak pergi zoo naik bas. ika nak ikut tak..?

aduihh anak aku.. semuanya dia ajak.. tak putus asa.. bagus.. bagus..!!

Anyway Fahda ni selamba ajer panggil adik2 aku dgn namanya ajerr. diorang pun melayan Fahda mcm kawan ajer.. membahasakan diri dia mcm diorang cakap dgn aku. bg diorang tu lah kemesraan.. hahahaaa.. kekadang aku pun bahasakan diri aku kak wa bila bercakap dgn fahda.. terasa mudanya aku.

tunggu ape reaksi fahda bila balik dari zoo nanti..