Semalam dapat coklat Toblerone dari boss aku sebab birthday dia.. Mulanya serba salah nak makan sebab tak de tanda halal. puas cari kat internet. ramai kata ingredientnya okay.. mcm aku tengok pun ok jugak. tp tak de tanda halal.

Last2 aku tanya adik ipar aku, tp pangkat kakak dengan aku.. sbb dia pernah duduk UK dulu. so dia kata ok. aku pun makan sikit.. selebih nya aku tinggal untuk fahda.. mmg dah jadi habit dah. ape-ape yg aku dapat kat ofis mesti nak simpan untuk fahda.. mama mithali ler katakannn…

bila fahda makan dia rasa sedap sangat so dia tanya aku.. “mama ada lagi tak coklat ni? ”

aku pun jawab,”tak de lg lah sayang.. coklat ni boss mama yang bagi. ”

fahda cakap, ” baiknya boss mama. nanti mama tanya boss mama.. bossss.. ada coklat tak? adik saya nak coklat lagi..”

hehehe.. aku nak tergelak sbb dia bahasakan diri dia adik aku.. kuikuikui.. remaja sungguh mama mu ini.. lepas tu aku tanya balik.. “adik ke anak?”

Fahda jawab “adik kecik lah mama.. budak kecik.. nanti mama tanya budak kecik kat rumah ni nak coklat lagi..”

aduii.. nak gelak aje aku…