No more pampers at night

– Alhamdulillah, aku dah trained Fahda tak lagi kencing malam. Masuk minggu ni dah 3 minggu semuanya berjalan lancar.  Apa yang aku perhatikan Fahda sememangnya boleh menahan dari kencing malam kalau kita tak pakaikan dia pampers. Tapi kalau pakai pampers dia memang saja jeeerr nak kencing dalam pampers tu.

– masa 1st week tu training tu.. 2 first day OK, pas tu 3rd + 4th day kencing.. abis conforter mamaaaaaa..  lepas tu okay sampai lah ke hari ni..

– kena denda kalau kencing malam.. dendanya tak boleh tidur dalam bilik, kena tidur kat luar bilik.. depan TV. lagi lah dia suka sbb sejuk, bukak sliding door angin sepoi-sepoi bahasa… lagi satu denda kena kemas katil mama..

– alhamdullah.. save budget mama beli pampers..🙂

ni ada petua untuk budak kencing malam… aku cedok from internet.

  • Jika anak anda selalu saja kencing malam, cubalah jangan memberinya minum bila hampir waktu tidur atau latihlah ia bangun bila merasa hampir hendak kencing. Sekiranya caranya tidak berjaya ibu-ibu boleh gunakan minyak zaitun yang disuamkan dan kemudian sapu dibahagian ari-arinya. Cubalah beberapa malam. Jika tidak ada minyak ini gantikan dengan halba yang dipanaskan, balut dengan kain dan tuan di ari-arinya.
  • Jika anak anda berumur 5 tahun ke atas dan masih lagi kencing malam, cuba petua ini. Ambil tembakau sebesar ibu jari dan campurkan sedikit kapur sireh, kemudian letakkan di pusatnya. Lakukan sewaktu hendak tidur malam dan ikatkan dengan kain. Buatlah selama seminggu, InsyaAllah anak tidak lagi kencing malam.
  • ELAK KENCING MALAM UNTUK ANAK KECIL – Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecl madu lebah dan terus hirup. Amalkannya disebelah pagi dan sebelum masuk tidur. Mudah-mudahan, anak kecil anda akan berhenti kencing malam atau setidak-tidaknya dapat mengurangkan jumlah dia buang air kecil.