Fahda menuntut sekian lama baru dpt semalam.. hehee.. anyway semalam balik dri kenduri kawin kat Tabung Haji, terus jer pergi ke Giant Kelana Jaya. Harga RM99. Rasanya kalau beli kat luar boleh tawar harga lagi. Anyway dalam Giant tu dia dah round2 naik basikal sampai ke kaunter nak bayar. dia cakap sakit bontot fahda naik basikal ni..🙂

basikalYang kelakarnya masa nak masukkan basikal dalam kereta. Aku terlupa lak hari ni kereta myVi ku itu dah full occupied! Emak, Abah, DE, fahda dan aku sendiri.. nak masuk dlm bonet myvi mmg tak muat. so terpaksa lah aabah duduk belakang. DE pulak ke depan sebab dia ni halus so adjust sikit basikal tu kat seat depan myvi. nasib baik muat. kalau tak aku pun tak tahulah cam ne nak bawak basikal tu balik.. hehehe mahunya fahda kena balik naik basikal kecik tu… huhuuuu..

Pas tu terus balik rumah mak untuk hantar diorang. Fahda sempat satu round kat laman rumah. balik rumah, naik lagi basikal tu dari lif sampai depan rumah. pas tu basuh tayar basikal tu sbb nak main dlm rumah.. habis semua dia basuhnya.. kira mandi sekali dgn basikal lah. habis basah kuyup.. sementara tunggu basikal kering tu, fahda baring2 minum susu.. penat agaknya terus tidur dr kol 8 sampai pagi.

pagi ni pun tak sabar nak naik basikal. Insya-allah hari ni mama balik cepat sikit so that kita boleh main kat court badminton kat bawah rumah ni… Tak terkata tengok betapa Fahda begitu girang dan seronok dapat basikal baru. she is so excited.!!