–from email.. jaga-jaga.. sekali kena mahu padah sebab menanggung hutang kad kredit untuk benda yg kita tak nak.. based on my experience..–

Assalamualaikum & salam sejahtera kawan2 sume!

tengok gambar…

1st sekali, aku nak mintak maaf kat kawan kawan aku yg berbangsa Cina, sebab mungkin apa yg aku tulis ni akan mengguris hati korang. But this is for the sake of all races in Malaysia, i have to tell you guys the truth about those scum bags at Nabinco Network!

Cerita nya camni…
25th April 08 6.30pm, ada sekumpulan 4 orang remaja Cina, 1 perempuan, 3 lelaki lepak kat depan The Store Semenyih. aku nampak diorang bawak beg dgn pegang kertas macam voucher, aku buat bodoh dan masuk je.. lepas keluar dr the store, masuk dlm kereta aku ada sorang budak Cina nama Tony approach aku. terpaksa la bukak tingkap sket. Dia pun tanya aku pernah menang apa2 x dari Tesco ke, Power Root ke? aku cakap x pernah.. oleh kerana aku x pernah menang apa2, dia kata company dia bagi aku peluang untuk menang kereta, motor dan cash money yg bernilai lebih RM4K! so, dia bagi voucher aku pun buka laa… tiba tiba dia terlompat lompat cam beruk!  “fuiiyooo abang!!! abang betul ka x pernah menang apa2? abang ada chance menang kereta toyota altis woo…!!!” si tony tu la yg cakap camtu… bukan aku… dia tunjuk kat aku voucher yg dia buka tadi, ada gambar microwave oven n foot massage… kat satu lagi page color merah ada bulat warna silver.. dia kata nak tau hadiah apa, kena pergi office dia, nak scan…. aku cakap kat dia, kalau kena beli barang, aku x nak… dia pun dgn muka x malu, masuk dlm kereta aku yg x berkunci tu (bodoh nya aku ) dan ajak aku pergi ke office dia utk check apa hadiah yg aku dapat. dlm kereta, menghala ke office dia kat kajang prima atas kedai spare part sederet dgn maybank tu, dia pun call la Mr.Wong, supervisor dia.. kata kitorang on the way. (sambil lompat2 dlm keta aku)

7pm.. sampai kat office, Tony dgn Mr. Wong ni ajak aku masuk bilik, tiba2 je, diorang pasang lagu cina kuat kuat.. dalam bilik tu, ada la gambar orang2 yg pernah menang hadiah dari company ni.. Mr. Wong ni pun cerita la kat aku, company ni buat promotion untuk brand diorang nama GENKI.. sebagai customer, aku cuma perlu buat iklan utk promote brg2 GENKI ni. hadiah yg tinggal ialah, Toyota Altis, Persona, Viva, Honda wave dgn cash money yg bernilai RM4K, RM10K and RM50K! mula2 aku x nak dan x yakin, tapi dia push jugak sambil tunjuk keratan surat khabar berita harian, ada sorang makcik dr Penang menang Altis dan sorang Polis dari Putrajaya menang Kancil. dia kata polis tu yakin dgn company ni sbb diorang ada credit card machine. so, apa2 hal, boleh cancel dlm masa 24 jam kalau x puas hati. (tipu!!! bank kat m’sia mana ada policy camtu!! ) so, aku tanya camna nak dapat hadiah2 yg diorang bagi tau tadi? Wong ni kata, customer x payah beli barang, tapi cuma perlu bayar cukai iklan RM3K. pastu dia janji  nak tolong aku, dia kata aku cuma perlu bayar rm1.5k, yg balance rm1.5K tu, dia tolong.. so, aku pun swipe la credit card aku rm500… aku cakap dgn dia next week aku dtg balik lepas dpt gaji..

2nd May 08, 12.00pm, aku ke office Nabinco ni utk bayar balance “Cukai Iklan” tu… aku guna cash rm300 n swipe card rm1100. lepas tu si Wong ni, kenalkan aku pada manager dia Ah Meng.. mamat ni pun ajak aku masuk bilik yg sama, bukak lagu cina kuat2, pastu tunjuk surat perjanjian jual beli kat aku, suruh sign.. dlm surat tu kata, company memberi hadiah percuma dgn berbagai syarat la.. pastu dekat list hadiah2 yg bakal dimenangi, ada la kereta2 seperti yg di sebut oleh Wong hari, tapi yg pelik nya ada additional 1 lagi barang yg si Wong tu x pernah cerita dgn aku.. Jade Mattress yg konon2 nya berharga rm4.6K..oleh kerana credit cad dah swipe, aku pun x leh nak buat apa, sign je la surat tu.. bila dia scan voucher aku tu guna sekeping kertas hitam, tiba2 keluar no.12.. rupa2nya aku dapat hadiah jade mattress tu.. dlm hati, cilaka punya orang.. aku dah mula tunjuk muka x puas hati. Si Ah Meng ni bila nampak muka aku camtu, dia kata jgn risau, dia boleh tolong jualkan barang2 tu..  lepas amik gambar aku dgn camera phone N70 bodoh dia tu (konon konon nak buat iklan), dia pun call la sorang buyer yg konon nya nak beli barang tu dgn harga rm3.8K… pastu dia janji nak dtg rumah aku dgn tauke ni malam nanti..

3pm… aku pun balik dlm keadaan blurr campur bengang sebab x dapat Altis.. tapi dlm masa yg sama mengharap supaya taukeh ni boleh beli barang tu malam nanti.. tiba2 si Ah Meng ni call, dia kata kalau aku nak taukey ni beli semua 3 brg yg aku menang tu dgn harga rm7K, aku kena tambah lagi rm500 supaya dia boleh keluarkan oven dgn foot massage tu… aku pun pegi la balik dan bayar rm500 lagi.. dia bagi aku, fruit mixer.. kononnya tauke  tu yg nak.. nanti malam dia call..

9pm ~ 2am, aku pun tunggu dgn bini aku kat rumah.. bini aku dah bising dah… ntah2 diorang tipu x bang? aku pun dah syak dah.. tapi x leh buat apa2 coz dah bayar… kol 9 aku call tauke tu, dia kata dia on the way balik dr Penang.. kol 10 call, dia kata kat Ipoh, kol 12 call, dia kata ada kat Tanjung Malim, hujan lebat.. kereta x leh jalan.. so, dia mintak aku tunggu sampai esok.. aku pun tido la dgn hati yg teramat amat sakit…

3 May 08 12pm: lepas balik dari majlis sukan anak aku kat UKM Bangi, aku pergi office dia, x bukak lagi.. call Ah Meng ni, dia cakap, tauke tu maybe boleh datang malam ni atau esok… aku dah mula bengang n marah dia… dia cakap, dia pun takut jugak sbb duit dia pun dah keluar rm600.. aku mula syak something wrong..sampai rumah, bini aku bagi idea yg tersangat sangat bijak, sampai aku terasa aku ni betul2 bodoh orangnya.. bini aku kata, cuba cari nama company ni dlm internet.. bila aku tekan je Google Search nama Nabinco Network ni, baru la keluar byk complain2 org2 yg dah kena tipu dgn syarikat ni.. korang x caya, cuba surf website ni yg ditujukan khas utk org2 yg dah pernah kena tipu! .

http://www.welleywatch.heritage-tech.net

rupa2 nya aku confirm kena tipu.. sampai ke hari ni, si Ah Meng dan kuncu kuncu nya, sekor pun x call aku untuk beli balik barang2 tu.. kalau korang baca komen2 yg ada dlm website tu, company ni dah lama dah buat kerja ni, cuma last year guna gores dan menang, tahun ni guna voucher hadiah plak..

modus operandi sama, guna remaja Cina yg berasal dari Penang atau Perak, aku tau sbb diorang cakap hokkien. tugas diorang cuma untuk ajak bakal mangsa macam aku pergi jumpa supervisor dia macam si Wong & Ah Meng tadi tu.. gaji yg diorang dapat ni kira ok la utk lepasan SPM, rm1.2k.. based on report dlm website, almost all mangsa dapat hadiah jade matress tu… pastu, diorang ada 1 persamaan, ejen ejen penyangak ni, sume ada kuku panjang kat ibu jari kiri mereka..

4.30pm: aku pergi buat police report kat Semenyih, police yg amik statement aku tu kata, ada sorang makcik buat report kena tipu cam aku gak semalam (Jumaat 2nd May)..dia kena ajak kat Econsave, Semenyih.. tapi dia kena lagi teruk!! RM37K beb.. aku ni… adeh… tapi yg menghampakan ialah, polis pun x leh buat apa2, sbb ada surat jual beli oleh Nabinco ni.. padahal, aku x dapat pun…

4th may 08: aku tunggu gak la si bangsat Ah Meng tu call.. seperti yg disangka.. abuk pun tarak.. aku sms kat boss, mintak cuti.

5th May 08: setelah buat surat “cooling off 10 days letter”, aku, wife dgn anak2 aku pegi ke KPDN Putrajaya utk buat report Tribunal pengguna. rupa2 nya dah ramai org yg kena. cuma dulu nama company dia lain, Worldwide Freshway Sdn Bhd., HQ kat bukit Mertajam nama Welley Corporation. masa aku buat report tu pun ada sorang brother dari Shah Alam pun kena oleh Nabinco ni, RM5K.. pergh… lepas abih report kat TTPN tu, aku pergi penguatkuasa KPDN kat tingkat 2, utk buat statement. Diorang pun kata, x cukup kuasa utk suruh company camni tutup kedai.. so, aku pun boleh doa je laa…

5.00pm: aku dah anta bini aku balik rumah, aku pegi balik ke Nabinco ni utk bagi diorang surat TTPN, report police dan cooling off letter tu. nasib baik mangkuk ayun 3 ekor tu takde kat situ, kalau x.. nahas lu orang! aku mintak sign dgn chop company dr clerk dia dan aku blah.. terima kasih kat tajul sbb jadi body guard aku hari tu…

5.30pm: aku nak pegi beli teh tarik tongkat ali kat The Store..sampai saja kat parking, aku nampak 6 orang geng geng Nabinco ni sedang beroperasi menipu sorang makcik dan sorang brother melayu.. aku pun naik angin, aku parking, pergi dekat makcik tu, direct aku cakap, “kak! jgn percaya cakap diorang ni!! saya baru kena tipu RM2.4K!! ada sorang lagi makcik kena RM37K!” makcik tu pun buat x layan dgn budak pompuan Cina tu… pastu, aku pergi kat brother melayu dlm myvi plak, cakap benda yg sama kat dia.. pastu aku blah, tengok2 diorang masih lagi push brother myvi tu..

aku bengang, terus capai digital camera aku, amik gambar diorang.. salah sorang dari 6 orang tu, dtg marah aku..dia tanya apsal aku amik gambar dan ugut nak pukul aku. aku blah sambil tunjuk, F$%K U!! kat dia.. pastu aku masuk balik kereta dan blah dari situ.. pegi econsave plak.. rupa2 nya ada lagi 2 orang kat situ.. aku pun buat benda yg sama dan amik gambar 2 org mangkuk ayun tu.. sampai kat rumah, aku x puas hati lagi.. berapa ramai lagi orang yg akan tertipu oleh Nabinco bangsat ni??!!  aku call polis kajang… diorang pun anta peronda dan mintak aku ke The Store balik.. bila aku sampai situ, beruk2 Nabinco tu dah blah.. aku pun buat statement sambil request kat polis tu, kalau boleh datang la ronda kat sini setiap hari dlm pukul 5 hingga 7pm…

So, itu cerita aku, yg aku mintak dari korang ialah, tolong sebarkan cerita ni kat kawan kawan dan sedara mara anda! kalau ada sapa2 yg dah terkena cam aku, bagi e-mail aku kat diorang, aku boleh cuba usahakan untuk tolong diorang dapatkan balik duit diorang.. sama sama la kita bekerja sama utk menghapuskan makhluk2 yg kurang ajar mcm diorang ni..

kepada member2 chinese, kalau u all ada kawan atau saudara mara dari utara yg kerja dgn company ni, suruh diorang balik dan insaf.. kalau nak cam diorang ni  senang je, ada bwk voucher warna hijau or putih, pastu bwk beg dlm ada voucher, pakaian selekeh, yg lelaki pakai selipar je.. aku ada attach gambar dlm e-mail ni, mintak tolong sebarkan pada kawan2 di seluruh malaysia ok!! semoga korang x terkena cam aku…

Thank you!

(See attached file: PENIPUAN OLEH NABINCO NETWORK.xls)