Lama tak update blog ni. Just come back from my holiday at Kuantan. huh.. penat. Fahda puas mandi laut & swimming pool.

RIngkasnya :

2 kereta bertolak dari Shah Alam. Kancil Efa & Myvi aku. bertolak dlm pukul 9 & sampai Kuantan dalam pukul 12 tengahari, pusing2 bandar Kuantan tp sadly Kuantan ni bnyk sangat traffic light. lepas tu terus pergi lunch at Pantai Telok Cempedak. So-so je makanannya.. tp sebab sudah lapar semuanya bedal. For lunch, si suami bayar RM40 for 8 person. ok lah tu..

lepas makan yg lain2 berjalan kat jambatan terluk cempedak tu, tp Fahda is so excited nak makndi laut. halfway jalan ke Jambatan tu, dia tarik tangan aku, sbb nak mandi laut. so aku temankan fahda turun ke tepian pantai.. ape lagi terus terjun.. tak sempat nak tukar seluar jeans dia. mandi betul ni sampai  habis basah rambut, baju & seluar. Mandi sampai yang lain patah balik ke tempat asal.

Lepas tu terus ke Kuantan Tembeling Resort. Just 5 minutes from Teluk Cempedak, melalui Mini Zoo Teruntum dan Kelab Golf Diraja Pahang. Terletak di atas bukit & terdapat hutan belukar di kiri kanan sepanjang jalan ke atas. Sesampainya di sana terus naik ke receptionist. Wow.. tempatnya cantik betul. Swimming pool atas bukit yang mana boleh nampak laut dan pantai dari atas. Fahda terus jerr nak terjun mandi lagi..🙂

Apartment 2 bilik seaview.. cantik & luas. ada bathtub.. Fahda mandi lagi.🙂 berapa kali nak mandi anak aku ni.. pantang jumpa air. Lepak sekejap, mandi & sembahyang. around 5 kitorang terus keluar gi pantai terluk cempedak. Ape lagi. kali ni aku & adik2 ku yang 3 orang tu terus terjun ke laut. Fahda tak nak kalah.. nasib baik Atuknya belikan pelampung untuk dia.. syok sikit. kalau tak penat nak pegang & dukung dia..

Seterusnya lepas mandi terus ke Benteng untuk Dinner. overall OK. Dinner kali ni abah bayar about RM39 jugak. Penat seharian, tp puas spend time together with family. Balik gosok baju, tengok Gangstar & tidur. 3 orang setiap bilik manakala abah & DE tidur kat living hall yang besar tu. siap bawak comforter.. Fahda seronok sangat main sampai tak nak tidur.. semua dah tutup lampu baru dia nak tidur..

zzzz.zzzzz…. sambung nanti.. tak sempat nak download gambar lagi…