semalam aku ternampak state CC si suami.. alangkah kecewanya aku bila tengok ada 2 item for Hongkong minihobby dgn total price RM260. rasa nak marah.. semuanya ada. Manakan tidak.. last month baru beli 3 model.. harga 460… sakit jantung tengok harga tu untuk benda yg tak berfaedah tu. frustnya saya. dah bnyk kali cakap.. remind dia pasal tengah restructure kewangan kita ni.. tensionn.. tension!!!!

Teringat dah lama Fahda minta aku belikan anak patung babyalive. Tapi.. tak sanggup rasanya nak beli sebab harganya mahal RM160 kalau tak silap. Dia minat sungguh dgn anak patung babyalive tu sebab betul2 nampak mcm hidup.. boleh bg minum susu, bagi makan, tukar pampers.. siap keluar taiknya kalau baby tu berak. Aku faham Fahda mesti boring sebab dia seorang jer.. tak de adik2 untuk bermain bersama. Selalunya kalau belikan barang mainan,Fahda tak main pun.. dia lebih suka duduk baca buku atau pun buat kerja sekolah. bila dia tanya aku, sebagai ibu aku hendak jer belikan untuk dia babyalive tu.. tapi tak sanggup bila tengok harganya melangkaui budget bulanan aku. Namun bila dah jadi kes mcm ni rasanya aku akan belikan juga untuk Fahda… mana lebih penting.. toys for your kids or si suami??? si suami.. ape dia dapat dr model kapal terbang tu.. syok sendiri!!! at least for Fahda she can develop her emotional intelligent (EI).

kena beli jugak ni… i love you girl.