Again… kami ke wet world. berdua saja sebb si suami kena gi kerja hari tu.
Fakta menarik :
– beli pelampung utk bg can dia main kat area org dewasa, tp dia refuse to use pelampung. at last pelampung tu bocor sbb terlanggar dinding. hahaa… disebabkan tak de pelampung, terpaksa lah dokong fahda ke area orang dewasa.. dia mana nak main kawasan budak2 ni..! rupanya Fahda sudah sampai ke area orang dewasa main – satu perkembangan menarik! kaki tak sampai, tapi dia berjingkit2 & lompat2.. bijak.. bijak… mcm berenang pulak jadinya

– Berlenggang.. cuma bawak baju salin, towel, diri sendiri dan RM50 sahaja. HP, camera tinggal. abiss RM50.. entrance fee 18 + pelampung 13 + google 8 + nasi lemak 5 + jajan 2.50 = 46.50. balance 3.50, terus masuk tabung fahda.

– Fahda luka sikit sbb bila sliding tu dia buat mcm2 style.. ada sekali tu style superman.. abis cat dr sliding tu masuk kat kuku.. nangis sekejap pas tu sambung main sliding yg lain lak.. sorang2 pulak tu. Mama rileks sikit kali ni sebab lepaskan fahda bebas… tak de masalah sbb dia dah sampai kat area dewasa tu.. jus peratikan dia turun naik sliding aje.. kalau tak mama pun kena join sekali.

– puas hati snagat…  sampai WW pukul 10.30am, keluar pukul 4.00pm. bg can fahda main sampai dia sendiri tak larat nak jalan..🙂

– muka jadi merah sbb kena panas. menggelupas. Main tak reti penat.. sampai rumah jer barulah rengek2 keletihan.. kena urut kaki lah tangan lah.. mcm2… masa tu tanya nak gi WW lagi tak..? tak nak.. esoknya tanya lagi.. nakkk!!!