Minggu lepas kami berkunjung ke Pusat Sains Negara.. saja berjalan2 ke situ sebab tak tahu mana lagi nak pergi, selain shopping complex.. shopping complex.. shopping complex.🙂 Fahda begitu seronok mencuba setiap satu alat2 sains tersebut terutamanya apabila melalui galeri pameran untuk angkasa lepas. Galeri pembangunan negara dari manual ke digital pun not bad.  Banyak yang anak2 boleh belajar di sini. Meng’explore’ galeri pameran, taman pendidikan sains.

Overall i can say OK, but tak sampai standard kita orang dewasa kerana bnyk jugak kekurangannya pameran ni tapi rasanya berbaloi untuk bawak anak2 ke mari. Banyak yang boleh dipelajari. Penat jugak berjalan dalam 2 jam lebih, kami masuk pukul 2ptg, keluar dalam 4.30 ptg. 

Lepas lunch di kenduri kami terus pergi PSN. lepas tu terus balik. Jimat.. tak keluar belanja makan pun sebb dah ditanggung makan di kenduri tadi. cuma bayar RM12 untuk aku dan si suami. Alhamdulillah..

*TRIVIA : Tahukah anda sotong kurita mempunyai 3 jantung… (from PSN website)

Alamat ; Pusat Sains Negara, Pesiaran Bukit Kiara, 50662 Bukit Kiara, Kuala Lumpur
Terletak di kaki bukit Bukit Damansara, bersebelahan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), dan berhadapan bangunan Suruhanjaya Sekuriti. Lihat Map di sini >> http://www.psn.gov.my/images/map3.gif
Telefon : 03-20921150 (ext. 350), Faks : 03-20921250
Dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat
Masa :9.00 pagi – 5.00 petang
Bayaran Masuk : 
* Dewasa    RM6.00  
* Kanak-kanak (7-12 tahun)  RM3.00  
* Warga Emas (55 tahun ke atas) RM3.00