Bertuah badan… menjadi jutawan sekelip mata. Siapa yang tak teringin ye tak? Menambah seorang lagi Jutawan di Malaysia… Tahniah!! Kalau saya menang 1 Juta apa yang saya akan buat?

1. Sedekah & bayar zakat.
2. Langsaikan hutang.
3. Beli rumah 10 biji rumah lelong buat sewa untuk mendapat pasif income.
4. Resign… untuk menjalani hidup sebagai full time housewife, home schooling my daughter.
5. Kehidupan akan ku jalani seperti biasa. tinggal di apartment sekarang, kereta masih 1 that is myvi.. or may be boleh fikir kan 2nd car, Kelisa for me pergi balik pasar seharian, no maid.
6. Tunaikan haji & umrah sekeluarga.
7. The rest of the money… saving ASb, Unit Trust, anywhere u name it…!! kedekutnya aku…

berangan lagii….!! kuang.. kuang.. kuang…!!

Jurutera Jutawan TM

Oleh Maiamalina Mohamed Amin
maiamalina@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: ‘Setengah abad menjunjung rahmat, menyarung alunan pejuang terhebat, teguh hati kata sepakat, maruah bangsa jadi azimat, darah mengalir tiada penamat, biar zuriat hidup bertempat, merdeka! Laungan keramat.’

Itu antara bait puisi yang berjaya menjulang jurutera muda, Mohd Rais Saufuan Awang, 25, sebagai pemenang hadiah utama program Jutawan Merdeka TM yang melayakkannya membawa pulang wang tunai bernilai RM1 juta sekali gus bergelar ‘orang kaya baru’.

Mohd Rais dari Kemaman, Terengganu, diumumkan pemenang utama berdasarkan slogan berbentuk puisinya yang berjaya menambat hati penganjur, Telekom Malaysia Berhad (TM) kerana penuh semangat patriotik dan mempunyai nilai tinggi.

“Saya sangka hanya memenangi hadiah biasa seperti pakej pelancongan atau pas masuk menonton Sukan Olimpik 2008, tetapi rupanya pemenang utama yang layak bawa pulang RM1 juta.

“Syukur kerana puisi nukilan spontan ini berjaya memberi tuah kepada saya sekeluarga. Dengan wang kemenangan ini saya merancang membawa keluarga menunaikan umrah dan haji bagi ibu dan ayah,” katanya pada majlis penyampaian hadiah peraduan yang diadakan di Menara TM di sini, semalam.

Menurut Mohd Rais, dia tidak memerlukan masa yang lama untuk menyiapkan slogan puisi berkenaan kerana idea spontan hadir ketika beliau terpandang sebuah poster menghimpunkan lima Perdana Menteri negara ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Inspirasi datang sendiri dan dalam tempoh sehari saja saya sudah boleh menyiapkan slogan puisi tidak lebih 50 patah perkataan,” katanya yang menjadi pengguna setia Celcom sejak 2000.

Hadiah disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Malaysia TM, Datuk Zamzamzairani Mohd Isa diiringi Ketua Pegawai Operasi Jualan Perniagaan Malaysia TM, Datuk Adnan Rofiee.

Pada majlis sama, 10 pemenang lain turut menerima hadiah bulanan masing-masing termasuk hadiah pertama pakej percutian ke Beijing untuk menyaksikan Sukan Olimpik 2008 bagi dua orang bernilai RM15,000.

Sementara itu, Zamzamzairani berkata, program ganjaran itu memberi peluang kepada pelanggan TM memenangi pelbagai hadiah menarik selain mengemas kini profil pelanggan untuk perkhidmatan lebih baik.

Katanya, lebih daripada 1.1 juta penyertaan diterima sepanjang program berlangsung selama lapan bulan bermula Mei 2007 dan berakhir 31 Disember lalu.

“Jumlah ini melebihi sasaran 900,000 penyertaan yang pihak kami tetapkan sekali gus peningkatan 30 peratus berbanding tahun lalu,” katanya.