as per my post to forum urusinsan today.

Nak setkan matlamat memang senang tp kita kena usaha ke arah itu. Matlamat saya buat masa ini cuma untuk menyelesaikan hutang kad kredit suami isteri berjumlah almost 30K dan OD yang saya ada ialah sebnyk 30K. Saya telah langsaikan about 17K dan Insya-allah by end of this year settle. Slow and steady menggunakan teknik kad kredit dr forum urusinsan ni.

– saya tak de astro. TV percuma pun tak abis tengok.
– cuma ada 1 kereta. walaupun husbnd bising nak pakai 2 kereta sebab dia tak nak terkejar2 balik ambik saya and anak. tp saya kata tak payah. Balik pulak sy tebal muka tumpang kawan sementara ayah saya driver taxi ambik anak saya kat sekolah. Mcm tulah rutin hari2. Susah sikit jer..

mengenai halangan lak.. memang bnyk halangannya nak capai matlamat. Contohnya saya sendiri, halangan saya ialah hobi husbnd yg jadi collector model kapal terbang perang, kapal selam, kereta kebal or anything about war lah kira.. setiap satu tu harganya RM100 ke atas. paling murah pun RM70. dlm bilik kerja husbnd sy penuh dgn kotak2 model tu. kalau dijual mahu boleh dapat 10K-15K.

Dulu boleh kata everymonth husbnd sy akan beli benda tak de faedah tu. dr Jepun, US, HK, anywhere.. tp everytime beli, saya akan leterkan sampai dia fedup. heheee…. yelah hutang 30K tak abis bayar dah nak habiskan duit ke benda lain kann… baik duit Rm100 tu dia guna buat beli buku anak ke.. bayar duit CC ke.. duit PTPTN dia yg tak terbayar sampai kena warning tu.. bg duit pd emak ke.. at least duit tu mengalir ke arah benda yg berfaedah. Pernah gaduh besar bila saya jumpa statement kad kredit about 4K a month abis ke model kapal terbang tu masa tu belum jumpa forum UI ni.

Bila dah jumpa UI ni, saya slowtalk dgn hubby sampai nangis2 (berlakon jerrr).., sampai bila nak macam ni. For 2008 ni stop beli benda2 tu. 2009 nanti sy akan allocate duit utk dia beli tp may be 3 bulan sekali aje. bukan everymonth. Dia kata dia akan cuba, dia dah addict dgn model2 tu. asalkan ada model terbaru dia tak fikir pjg nak beli.. dia ngaku bab2 duit ni dia fail sikit.

anyway he broke the promise, last month dia beli 3 kotak sekaligus semuanya around RM400 lebih… ngamuk tak saya???

itulah halangan saya yg utama… ntahlah nak kata ape. Terima seadanya walaupun makan hati.. lebih baik addict kat model kapal terbang tu dr addicted to the real ‘Model’ (pompuan lain) or lebih teruk drug addict.

Mencurah perasaan sy nampaknya..
Ya-allah Ampunilah dosa kami.. & murahkanlah rezeki kami. Amiin.