hahaaa.. nak cerita kisah lucu aku dan anak kesayanganku Fahda. Semalam si suami keluar sbb ada meeting dgn Committe Model Kapal Terbang kat The Curve Damansara. Itu dah memang wajib dia pergi. tak boleh tidak. So tinggallah kami berdua. selesai habis mengemas, kami plan nak keluar ke Tesco untuk beli barang dapur sikit. Kononnya nak terus lunch kat Tesco jugak walaupun masa tu dah pukul 2 lebih. lagipun breakfast pukul 10 dah makan nasi lemak. Kenyang lagi.

nak jadi cerita by the time kitorang nak keluar rumah tu, terdengar suara anak2 jiran depan bising2 depan rumah. rupanya diorang nak keluar jugak ikut ayahnya pergi kedai. So aku pun bagi kunci pada Fahda, suruh bukak pintu grill. errr.. Kunci tu aku letak atas kerusi tepi pintu. Sementara aku pulak kedapur kejap tutup pintu, masukkan air kosong dlm tupperware buat bekal. memang dah jadi habbit keluar mana-mana mesti bawak air so that kalau makan kat luar tak payah order air.  Bila dah siap2 semua, aku pun terus keluar dari rumah & lock pintu. Sambil tu borak2 dgn jiran depan. Rumah apartment kann.. selalu sembang dalam grill ajee. dah siap pakai kasut semua, aku tengok pintu grill tak bukak lagi. Fahda pulak tengah panjat2 grill.

“Fahda mana kunci..?” tanya aku. Dia diam.. dah sah. Kalau diam tu ada lah dia buat salahhh.. Alamakk macam mana ni.. kami terperangkap dalam grill!!! nak masuk rumah pun tak boleh, nak keluar rumah pun tak boleh.. aduiii.. jiran depan pun panik.. alamak mcm mana ni.. check dalam bag, mana tahu ada kunci spare ke walaupun dalam hati memang dah tahu tak de.. huh memang tak de. takkan nak suruh babah balik. babah in the meeting kot. cepat2 telefon babah. ape lagi tergelak lerr babah. Babah suruh check dalam kereta dulu, mana tahu ada spare key. so terpaksalah mintak tolong jiran depan turun ke parking, tolong carikan kunci spare dlm kereta. Walaupun aku yakin benar tak de kunci spare dlm kereta (ambik iktibar takut orang selongkar kereta dpt kunci rumah lagi naya..) sian dia.. dah lah berbadan 2. dah 7 bulan aku seksa dia turun naik tangga 2 tingkat untuk cek kunci dalam kereta. huhh.. tak de gak.

Terpaksa aku telefon babah… tolong balik. takkan nak tunggu sampai babah abis meeting. selalu nya kalau involve Committe Model Kapal Terbang niii mesti around 6 baru nak balik.. bengang je babah.. hehe sorry. Last2 dia kena balik jugakk.. Sementara menunggu babah sampai, borak dengan jiran depan yang sudi menemani kami.. Fahda pulak main dgn anak jiran dari dalam grill…🙂 adehhh kelakar lak.. nasib baik dia tak hidang kuih ke air kee buat malu aje. Fahda sampai nak mengantuk menunggu.. aku lak siap duduk melunjur kaki kat situ, nasib baik pagi tu dah siap basuh & mop. wangi lagi… hahaaa..
Dalam 45 minit, babah pun sampai dengan muka sengih2 nya.. siap gelakkan kitorang.. keluar je dari grill wahhh.. mcm keluar dari penjara lakk.. kih.. kih… tak lama lepas tu si suami jiran depan lak balik dngn 2 orang anak nyaa.. ape lagi kecoh lah kitorang. tergelak besar.. hehehe.. hari ini dalam sejarah..

moral of the story : sebelum lock pintu pastikan grill sudah dibuka… kalau tidak merasalah duduk dalam penjara di luar pintu rumah sendiri.. wakakakkkk…!!! very careless…