Semalam lepas sembahyang magrib, sayup2 aku terdengar suara kecik sedang mengira forty-one, forty-two, forty-three… etc. Macam suara Fahda. betul ke ni.. aarhhh rupanya betul. wah da pandai nih… alhamdulillah. Walaupun kiraannya tu kadang2 jump ke no berapa ntah tp dia dapat menyebutnya dengan jelas. bijak.. bijak anak mama.

Semalam aku dah belikan kismis buat Fahda. Kismis tu dibeli semasa ceramah maulidurrasul di office aku.

[KISMIS MINDA AL-AI`ZAT keluaran Al-Burtukol Enterprise. Khasiatnya : Insya Allah dapat menolong meningkatkan kecerdasan otak Al-Ai`zat Kismis Minda telah dibacakan dengan 30 Juzuk ayat-ayat suci ]

Ada penceramah tu bawak CD, buku2, dan CD bacaan Quran. Aku katakan pada Fahda, Fahda mesti makan kismis ni sebab Kismis ni boleh jadikan otak Fahda pandai..

“Otak.. hehee Otak tu ape mama.?”, Fahda ni mcm kelakar je dengar perkataan otak tu. alamak ape aku nak explain ni. Otak tu dalam kepala ni (aku tunjukkan kepala dia). Kita baca buku, belajar, buat ABC 123 semuanya guna otak. ooo.. fahda mcm faham. Lepas tu dia amik sebiji kismis dan makan. alhamdulillah dia nak makan kismis t. walaupun sebelum ni dah bnyk kali aku beli kismis tp dia tak nak merasa satu pun.

“Cuba sebut kismis”, kataku.

“kishmehhhhh… kisshh messsshhhh “, kata Fahda tak berapa betul.

“Nak makan lagi”, kataku. “Sebut kismis mcm ni.. Kiss me…..s (fahda faham makna kiss me.. sebut dah selalu aku sebut masa minta dia cium aku)

“kiss meeeees”, kata fahda sambil kunyah kismis tadi.

“Haaa.. baru betul tengok Fahda makan kismis dah pandai sebut kismis. Kalau makan kismis bnyk-bnyk nanti apa fahda nak belajar semua fahda pandai. pandai baca, pandai kira, pandai cakap, pandai.. pandai.. pandai ape lagi yee..”

“pandai mewarna, pandai melukiss.. “, fahda sambung cakap aku. Senyum je dia.

Ya-Allah, panjangkanlah umur anak kami ini, terangilah hatinya, teguhkanlah imannya, bagusilah amal perbuatannya, lapangkan rezkinya, dekatkanlah menuju kebaikan, jauhkanlah dari keburukan. Amiinnn…