Assalamualaikum wbt..

Seorang ustaz pernah berceramah menegur AJK Masjid yang tidak mesra kanank-kanak.  Sepatutnya pengurusan  masjid mencontohi masjidil Haram  di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah yang tidak melarang kanak-kanak malah bayi masuk.Barulah anak-anak kita rajin ke masjid. 
Tidak seperti kita yang mempunyai pengalaman negatif masa kanak-kanak ketika ke masjid.  Ustaz itu mengatakan bahawa doa yang diaminkan  oleh kanak-kanak lebih makbul berbanding doa kita orang dewasa yang dicemari pelbagai unsur negatif ketika di masjid.  Doa mereka direct kepada Allah.
Itulah anjakan paradigma yang perlu dilakukan oleh AJK masjid di Malaysia khususnya.  Budaya negatif di masjid perlu diubah segera..
Selamat menyambut maulidur rasul.
from Ummikusayang group