Pagi tadi lepas mandikan fahda dan siap-siapkan dia pakai baju sekolah, sikat rambut, saya pula masuk bilik untuk bersiap. ke hulu ke hilir ambik baju & masuk 2nd room untuk gosok baju pulak. Selesai menggosok, saya jenguk kejap Fahda di ruang tamu. tengah buat ape tu senyap aje.. waaahhhh.. rupanya tengah belajar, buat huruf ‘C’ yang tak habis malam semalam.. Terharunya dirikuuu.. tak kira masa nak belajar & rajin selesaikan kerja2 latihan dalam buku tu.

ohh… baru teringat sedari petang semalam buat huruf C tu, berenti sekejap main, tidur, bangun minum susu sambung balik. lepas tu mandi, sembahyang, makan, sambung balik buat kerja.. walaupun mama ni sibuk tengok TV American Ido David archuleta.. hhehee, Fahda sibuk selesaikan huruf C tu. masa nak tidur lak dia simpan semula buku tadi. sambil borak2 dgn fahda, mama pun baring sekali.. tiba2 mama teringat hp tak charge.. mama bangun keluar jap masuk 2nd room utk charge hp. keluar je dr 2nd room nampak fahda sedang menyambung kerja huruf C tadi.. aduihaii anak mama ni.. sampai baba tegur, fahda pergi tidur, esok boleh sambung. Mama masuk bilik, fahda pun ikut sama..

rajin.. rajin.. nampaknya dia dah memahami C is for what.. bila mama cakap C is for cendawan. lagi C is for what? Fahda pun sebut.. C is for Cacing. C is for chair, C is for cawan. 

B is for what.. B is for Bola, B is for Ball, B is for baba..

alhamdulillah..

Ya-Allah kau Mudahkan lah urusan kami, kau terangkan lah hati kami..
Ya-Allah selamatkan lah kami dari Azab api nerakamu.

Advertisements