Fahda sekarang sudah 4 tahun 6 bulan… Wowww cepatnya masa berlalu. semakin petah berkata-kata, semakin cantik, semakin comel dan menunjukkan karakter manja, bijak, rajin belajar tapi gugup dan malu bila berhadapan dengan orang yang tak dikenali.

Satu yang saya perhatikan, dia rajin belajar.. balik sekolah bukak buku, buat exercise ABC or 123. Minatnya nak belajar satu2 perkara tu memang tak dinafikan.. Cuma saya kena selalu duduk sebelah untuk melayan dan memberi tunjuk ajar. semuanya memerlukan kesabaran yang kuat.

Lagi satu kegemarannya ialah mewarna. Saya sudah memperkenalkan Fahda dengan pensil warna, magic color, crayon dan jugak water color. Nampaknya dia lebih sukakan water color, lebih mencabar agaknya.🙂 … Kalau mewarna menggunakan pencil warna, gerak tangannya semakin baik. tak de lagi mewarna diluar garisan.

Fahda jugak dah mampu membaca perkataan2 yang senang. cthnya Mata, gigi, pipi, bola, batu, mama, baba.. Namanya sendiri dia dah mampu eja dan tulis.

Alhamdulillah Fahda terang hati.. sejuk perut mama mengandungkan Fahda dulu. Bacaan dalam sembahyang pun dah dihafaznya. mungkin salah sikit dari segi sebutan tp bunyinya dah hamppir betul. Pergerakan badan dalam sembahyang pun dapat diikuti dgn baik.

Jadilah anak yang baik ye nakk…. yang solehah..