Soalan ni saya tujukan buat diri saya sendiri terutamanya apabila melibatkan wang, di kala melihat kembali excel file bernama OD_ASB.xls. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang, dan ada jugak yang tak lancar disebabkan nafsu berbelanja.. hehee.. Oh yee.. bulan ni kereta rosak habis dekat RM600 jugakk..

Setakat ini saya dan si suami telah berjaya menyelesaikan hutang card credit sebnyk RM17K. lagi 15K to go.. sebenarnya jumlah tu sentiasa berubah2 di sebabkan kiraan interest dan jugak perbelanjaan semasa yang masih terkawal. Bagi baki 15K itu, kami telah membuat balance transfer ke zero interest scheme selama 6 bulan. Jadinya sekrg kami hanya perlu membayar kad kredit sebnyk RM2.5K sebulan dan simpanan ke ASB sebnyk 1K sebulan. Alhamdulillah.. syukur kepada Allah.

Jadi apa yang saya mahu… setengah orang semakin aktif menambah porfolio kewangan mereka. bg saya buat masa ini.. itu ajelah target saya. menyelesaikan hutang kad kredit dan simpanan sebnyk 1K sebulan.

Dulu RM200 sebulan pun susahhh….