BN kalah kat shah alam & Selangor.. huhuuu.. hari ni aku kena balik rumah emak aku. sbb nak pujuk dia. yelah emak aku orang kuat UMNO. masa hari mengundi aku tengok dia kerja keras gak walaupun umur dah 60 tahun mcm tu patut berehat aje kat rumah.. biar orang muda yang buat kerja tp hakikatnya UMNO tu mcm parti orang tua aje.

Aku lak sebagai orang muda aku tak join mana2 parti walaupun balik rumah emak aku kena berlakon jadi orang UMNO, balik rumah mother in law aku kena berlakon jadi orang PAS. Aku ni ibarat atas pagar.. secara peribadi aku sayangkan UMNO.. sbb aku dibesarkan dgn suasana family UMNO. atuk aku dulu antara pioneer UMNO di Shah Alam ni. Macam gak orang Kelantan yang dibesarkan dengan suasana poitik PAS.

Tp buat masa sekrg ni ntah lahh begitu tertekan dgn perangai pemimpin UMNO yg tak peduli perasaan rakyat. mcm ignore aje & rakyat lak mcm tak de suara dalam parlimenn.. itulah pasal kali ni undi aku berubah pd BA. lagi pun PAS letak calon yang aku leh percaya boleh buat kerja & suaranya kuat dan lantang untuk kritik UMNO yang lena tertidur tu. kali ni aku mengundi dengan penuh perasaan & tanggungjawab. Pilihanraya akan datang, kalau UMNO bagus, x de issue, no corruption, harga brg tak naik, pilihanraya yang terlus & tak berat sebelah especially media, bnyk perkara settle aku PASTI akan undi UMNO balik..

mak mertua aku lak bertugas dgn SPR. so dia citer lah saluran orang muda semuanya undi BA. saluran orang lama2 yang undi BN ni. mungkin sbb Pak cik / makcik yang dah pencen dan tak kerja tak rasa peritnya nak survive skrg ni.. orang2 muda, yang baru kerja, yang baru kawin, yg baru dpt anak, yang dah ada anak 4-5, semuanya rasa perit nak survive kalau kerajaan buat tak tahu aje mengenai kenaikan harga barang..

anyway semalam aku telefon emak aku.. aduhaii lemah aje suara dia. kesianlak aku dengar. Dia kata dia rasa flat dengar berita mcm tu. rasa lemah satu badan.. yelah sesuatu yang diperjuangkan sejak kecik lagi kann. TU pasal lah aku kena balik jumpa emak aku hari ni.. untuk pujuk dia menerima kekalahan ni dgn redha. untuk menggembirakan dia balik..

aku tak dapat bayangkan mcm mana Pak Lah & Pak najib bila dpat berita tu.. you have to be strong man..!! Paklah kena minta maaf dgn semua penyokong BN. akui kesalahan sbb tak ambik peduli suara hati rakyat.. & last sekali tolonglah undur diri.. bg peluang pada pemimpin muda, pemimpin baru untuk menerajui negara dgn lebih baik lagi. pagi ni baca paper… Pak Lah masih arrogant.. bongkak.

Tak tahu masih sayang ke aku dengan UMNO ni…