Motivasi sikit pagi2 ni. Saya terklik at Irfan Khairi’s blog & tertarik dgn topik ‘satu-jam-seminggu’. Apa yang Irfan Khairi katakan ini adalah benar belaka. “Berapa lama masa anda berikan untuk diri anda memantau keadaan kewangan anda setiap minggu? ”

Bagi saya entah berapa jam setiap hari.. ada aje idea nak revised balik plan kewangan. sampai bila pun tak tahu. hope sampai bila2 so that i can keep my plan and do it. Saya menanti setiap bulan untuk menyelesaikan hutang kad kredit saya & Si suami. Insya-allah bulan 6 ni tamatlah riwayat hutang kad kredit. yang penting wajib menyediakan plan, review, review, review.. and just do it!

——————-

Satu Jam Seminggu by Irfan Khairi

Mereka yang berjaya dari segi kewangan adalah mereka yang mengambil masa yang lama memantau dan meninjau keadaan kewangan mereka. Walaupun sebelum mencapai apa-apa kejayaan kewangan.

Berapa lama masa anda berikan untuk diri anda memantau keadaan kewangan anda setiap minggu?

Tanamkan tabiat memberi sekurang-kurangnya 1 jam setiap minggu untuk berhenti dan semak keadaan kewangan semasa.

Ramai antara kita seakan “malu” hendak duduk dan pantau keadaan kewangan semasa kita oleh kerana “takut” melihat keadaan kewangan yang tidak mengizinkan.

Mereka yang ingin berjaya dalam kewangan mesti meletakkan masa khas sekurang-kurangnya satu jam setiap minggu untuk melihat kedudukan kewangan senidiri.
ni ada satu komen dari pembaca blog irfan.. menarik.. menarikk..

ecaros says
Hampir semua orang yang berjaya selalu update blueprint kewangan mereka tak kira byk masa mereka peruntukkan. Sebabnya nak memperbaiki kekurangan dan kesilapan yang terdapat dalam blueprint mereka.

Blueprint kewangan kita tak ubah mcm blueprint rumah. Jika design dan reka bentuk rumah tersebut kukuh, rumah tersebut turut kukuh, tapi jika sebaliknya padah la jawabnya kita yg tggal kat bwah bumbung. Blueprint kewangan kita pun sama cuma kelebihannya boleh diperbaiki dari masa ke masa…haha…

Kebanyakan org M’sia lupa nak check blueprint mereka dr masa ke masa sebabnya sibuk, terlepas pandang dan byk lg alasan lain mcm abg Irfan kata sblum ini. Kesannya ramai yang mengalami masalah kewangan tak kira orang tu bergaji besar atau kecil.