Plan Kewangan March 2008
– Fax form balance transfer to Maybank.
– Fax form credit card Auto-pay for 1 a/c Maxis, 2 a/c Celcom, 1 telekom / stremyx, 2 api air.
– bayar kad kredit RM6545 for month of March.
– belanja harian seperti biasa..

Review Belanja Februari 2008
Take note for Februari2008, aku berjaya untuk tidak berbelanja mcm aku tak kenal OD dulu. Aku cuma guna Kad kredit sekali ajer untuk beli brang dapur di Tesco sebnyk RM120.. mmg beli stok habis-habisan. wahhh kagumnyaa. kalau tak sebelum ini sekurang2nya 4 kali pergi Tesco dgn setiap kali belanja RM50 – RM100. Insya-allah aku perlu mengekalkan records ini.. patut lah tadi Fahda komplen dah lama tak pergi Tesco. hehe aku pun tak perasan.

Duit belanja di office pulak, biasanya akan ku mintak pd si suami. menurutnya untuk February ini dia hanya menghulurkan RM50 kepada ku sebnyk 2 kali. haaa.. ye ke? RM100 aje belanja ku di bulan February ni? biar benarrr… mungkinn.. sebab aku bawak bekal dr rumah. bawak roti aje.. lgpun belanja makan dia office ni mmglah tersangat murah, selalunya dlm RM2.50 sj. kalau special2 pun dlm RM3.50..

saving masuk ASB RM1000.00.

wah betul2 diet duit ni.. alhamdulillah.. harap aku dpt kekalkan belanja ini sampai bila2..