Saya pendiam juga.. bukan betul2 pendiam tapi sy jenis tak suka kecoh2, bising2. Apatah lagi environment kerja saya sekarang ni membuatkan saya tidak berapa dikenali dan jugak tidak berapa mengenali orang walaupun dalam satu office.

Tapi hari ni entah kenapa saya berazam tak jadi pendiam. saya meletakkan target untuk menegur seberapa ramai orang yang boleh selain daripada officemate dlm department saya.

Orang pertama yang saya tegur ialah seorang yg tak dikenali sbb dia kerja dalam factory. Malangnya nama dia pun tak tahu.. tp dia sempat menasihati saya supaya jangan makan cendawan goreng di kantin kalau perut tengah lapar. hehee..

Orang ke-2, tokey kantin masa saya nak bayar.. dia jugak pesan.. tengahari ini ada special mee kari + yong tau fu..no doubt me kari nya memang sedap sehingga menjilat jari. tapi maaf ye hari ni tak rasa nak makan me kari laaaah!!

orang ke-3, Kak Nora.. saya berbalas senyum dengan k.Nora tadi & terus duduk sebelah dia masa makan breakfast. dengannya dia ceritakan cara dia menguruskan hari-hari tak kerja. cerewet nyaa k.nora ni! Anyway aku kena ikut cara cerewet dia.. sebab melalui itu lah hidupnya begitu perfect dan smooth saja.

orang ke-4, Faezah.. kami bukan kawan rapat, bukan kawan baik. memang mengenali tapi setakat itu saja. Dia pulak menceritakan kepalanya yang terhantuk pd laci meja..!! bengkak dan terkopek dahinyaa.. kesian pulak..eh.. ehhh baru perasan yang dia telah berbadan 2.. anak ke-3..Congrates.. saya ni bila pula yang ke-2.

itulah 4 orang yang sempat saya bertegur sapa sebelum masuk kerja pukul 8 pagi. lepas pukul 8 pagi.. saya hanya berjumpa dgn budak2 satu department..🙂

hope lepas ni boleh jumpa orang lain pulak dan dengar kisah mereka… huhuhu…