Sudah seminggu ni Fahda macam demam tak demam.. kenapa ek.. malam time tidur aje badannya panas, pagi ke malam sebelum tidur ok pulak. mama pun confuse jadinya..

Malam tadi fahda tidur tak selena malam sebelumnya. rengek2 resah saja.. rasa badan fahda panas. so dalam pukul 4 pagi, mama bangun buat susu & cari ubat demam dlm fridge. kejutkan fahda untuk makan ubat. walaupun rengek2 tu, hendak makan ubat alhamdulillah.. semoga cepat sembuh.. bisik hati mama. Lepas tu Fahda tidur balik.. haaa baru lah lena.

Tapi pelik sbb pagi ni bangun fahda mcm biasa. tak panas pun. tak meragam pun.. bersiap ke sekolah mcm biasa.. dgn excitednya nak pakai lipstickkk…🙂 aduhaii anakkku…!