Itulah yang diceritakan oleh Fahda sebaik sahaja saya tiba di rumah mak. haaa.. iye ke. bagusnya sekolah ni. siap invite doktor gigi lagi. Lalu saya pun bertanya lanjut.. apa doktor buat kat sekolah? doktor check gigi fahda tak? satu malam tu tak habis cerita pasal doktor gigi.

“Doktor gigi ada cerita depan kawan2.. ” so saya pun imagine doktor gigi tu mcm bagi lecture.

“Doktor check gigi fahda. bukak mulut besar..” so doktor cakap ape? tanya saya.

“tak de cakap ape-ape pun. doktor cakap.. lepas makan kena gosok gigi” Baguss lepas ni mesti nak gosok gigi. kalau mamanya sendiri yang cakap memang payah dia nak ikut.

“Mama.. nanti beli lah cawan. kawan2 semua ada cawan gosok gigi..” ok..itu mmg sy terlupa betul. hari tu ada cakap dah. cawan, berus gigi, ubat gigi..

“Mama gigi fahda putih tak? doktor kata putih….” ye sayang. Gigi Fahda lah yang paling putih dan cantik. Saya akui memang gigi Fahda tersusun cantik, umurnya nak masuk 5 tahun belum ada satu pun yang goyang atau patah. Mungkin sebab Fahda ni tak minum air manis, tak makan gula-gula. Dia cuma minum air kosong, air suam, air masak..🙂 Junk food paling dia suka ialah coklat & jelly. Itupun bukan selalu.. nak kata seminggu sekali pun tak de. sebulan sekali kot..?

Apa yang saya buat supaya dia suka & enjoy gosok gigi.. :

1. jadikan rutin tiap kali mandi mesti gosok gigi. Sekarang Fahda memang tak lupa gosok gigi tiap kali mandi. tak kiralah mandi pagi ke.. petang kee.. malam kee.. tengahari ke.

2. sediakan 2-3 jenis ubat gigi yang berlainan rasa. Walaupun Fahda guna ubat gigi tu sikit aje tapi saya sediakan dua jenis perasa anggur & oren supaya dia tak jemu dgn satu rasa aje. tiap kali nak gosok gigi mesti saya tanya nak mana satu..

3. Sentiasa puji giginya cantik, bersih, putih dan berbau wangi tiap kali lepas gosok gigi.

4. Kalau mcm tak sempat gosok gigi tu.. ajar gosok guna jari. letak ubat gigi di jari dan gosok gigi mcm biasa. Biasalah budak2 ni.. kadang ikut angin dia. kadang2 ikut angin kita jugakkan. kalau terlambat ke.. still kena gosok gigi. Fahda pun skrg mcm dah faham. kadang2 saya gunakan towel kecik, basahkan & gosok gigi dia.

5. cari buku kanak2 yang siap ada gambar pasal gigi, mcm mana nak berus gigi. Saya ada terbeli satu majalah kanak2 Melayu + English yang menunjukkan lukisan kartun mengenai gigi. Siap ada gambar ulat2 di celah gigi lagi. gambar tu lah yang selalu mendorong fahda untuk gosok gigi. saya katakan padanya, kalau tak gosok gigi.. nanti ada ulat2 kecik dalam mulut. nak keluarkan ulat2 tu kena berus gigi, kumur2 sampai bersih..

6. As a parents pun kita kena lead by example gak. Macam saya selalu gosok gigi bersama-sama Fahda. jadikan ia satu aktiviti yang menyeronokkan.

Cuba lah!

Activities and Printables : Tooth Coloring Pages