Semalam
saya sempat bershopping berdua dengan Fahda. Tujuan saya satu saja untuk membeli handbag, purse dan kasut yang kesemuanya sekarang dah koyak. Hehee… Saya ni jenis orang yang guna barang sampai koyak baru beli. Sebenarnya saya sudah merancang untuk beli semua yang di atas sejak 2 bulan lepas. Tp tidak terbeli sebab tidak ada yang berkenan dia hati dan harganya pula mahal.

Apa yang saya nak kongsikan di sini ialah.. kejayaan saya mengekang nafsu utk beli yang cantik tp mahal harganya. Walaupun harganya telah didiskaun 50% tp bg saya harga selepas diskaun masih mahal jika nak dibandingkan dengan budget yang saya tetapkan. Budget saya untuk 3 barang itu ialah bawah RM100.

Handbag

Mulanya saya berkenan dgn satu handbag, cantik dan memang menepati apa yang sy impikan. Tp harganya RM129.90 dgn dikaun 50% – RM64.95. setelah puas pusing2, belek2 beg lain, hati saya tetap berkenan yang ini. Ok.. saya bawak ke kaunter untuk salesgirl tuliskan sales sheet (ape tu namanya.. kertas yg kecik2 tu sebelum kita bawa ke kaunter bayar). Namun begitu hati saya tetap mengatakan yang beg ini mahal dan saya akan lari budget nanti.

Kemudian entah macam mana semasa hendak mencuba kasut di bahagian kasut, saya terpandang koleksi bag yang sama jenama dgn bag tadi. So ape lagi terus saya belek bag di situ. Tak ada diskaun tp harganya murah dan design bag pun menepati citarasa saya. Ape lagi, cepat2 saya ambil bag tadi berwarna hitam putih berharga RM49.90. maka dia sini saya dah jimat RM15.05.
alhamdulillah.

Kasut

Mulanya saya berkenan kasut berharga RM49.90 dengan diskaun 20%. – RM39.92. Tapi lepas belek2 baru saya ternampak kasut dgn display RM20 sahaja. Rupanya kasut tu tinggal satu dan mungkin utk habiskan stok. Harga asalnya ialah RM79.90.

Purse/Wallet – Saya memilih satu purse berwarna hitam putih dgn harga selepas diskaun RM19.90.

Ringkasnya..

1st
choice

2nd
choice


Diff RM


Hand bag


RM64.95


RM49.90


RM15.05


Kasut


RM39.92


RM20.00


RM19.92


Purse /Wallet


RM19.90


RM19.90

RM 0.00


RM124.77


RM89.90


RM34.97

Hari ini
saya berjimat about RM34.97. Not bad haaa.. for 2nd choice yang lebih cantik dan murah. dan alhamdulillah saya jugak dapat bershopping di bawah target budget RM100. Apa yang ingin ditekankan di sini ialah :

1.      Selalu pusing2 satu kedai & bandingkan harga.. ini kalau anda ada masa. Ini pun untuk 3 barang ni, saya abiskan 1 jam 30 minit + menjaga Fahda. Tahu-tahu ajelah kalau bawak anak ni kan… mana nak belek barang, mana nak jaga anak. Saya jugak ambil kesempatan itu untuk mengajar anak dari apa yang boleh nampak dlm kedai tu.

2.      Kalau rasa barang yang anda beli tu mahal.. cuba cari 2ndchoice yang menarik hati anda dan kemudian bandingkan harga.

3.      Letak budget tertentu utk berapa barang yang anda hendak beli dan kalau boleh cuba stick to that budget.

4.      Jangan lupa bawak calculator.

Lepas dapat 3 barang ni, saya ajak anak makan, tunggu dia main sand art sekejap lepas tu terus balik. Saya tak nak pandang benda2 lain lagi.. takut terbeli benda yang tak perlu… Balik rumah aje, dengan bangga saya tunjuk semua yang saya beli dan berapa saya jimat.. heheee🙂