Kehidupan yang kita jalani ini pernuh dengan dugaan, halangan, cabaran. Namun di sebalik semua itu kadang kala diselami dengan tawa tangis, sedih, pilu.. Begitu juga dgn saya pada minggu ini di mana 3 peristiwa yang mengusik jiwa saya sebagai seorang manusia.

 


Pertama – jiwa saya sebagai seorang anak

15 January 2008 – Sambutan hari jadi emak saya yang ke… berapa ye. hehe saya pun tak pasti. rasanya 57 kot.. pada 15/1. agak meriah kerana kami adik beradik berkumpul. saya beli aje dr kedai maklum lah hari kerja.. beli nasi ayam & sate 100 cucuk sementara Efa beli kek coklat dari kedai 4 season. Kebelakangan ini kedai kek 4 season yang menjadi tarikan kami. Emak wa doakan emak panjang umur dan murah rezeki. semoga emak diberi kesihatan, kebahagiaan, dan kerahmatan dalam hidup emak. semoga tabah menghadapi hari mendatang…

 


Kedua – jiwa saya sebagai seorang wanita, seorang kakak ipar.

16 January 2008 – 2 hari lepas, sehari selepas hari jadi emak, handphone saya berdering. Emak rupanya.. kenapa ye. Tapi saya tak dapat mengangkat handphone saya kerana ketika itu saya sedang berdiskusi dengan kawan sepejabat. Selepas itu baru saya dpt telefon balik. Rupanya khabar yang mendukacitakan.. Adik ipar saya, Baizura.. isteri kepada adik lelaki saya keguguran. ahh.. bila masa pregnant ni? Malam tadi tak cakap ape-ape pun? Rupanya tuan punya badan sendiri tak tahu yang dia sudah berbadan dua. Dia ingatkan darah period mcm biasa. An & Baizura, k.wa harap kalian tabah okay. Sedihnya saya rasa…

 


Ketiga – jiwa saya sebagai seorang teman, teman sepejabat.

19 January 2008 – Hari ini adalah hari terakhir teman sepejabat ku Siti Mardiana. Dapat offer lebih baik, dan peluang lebih cerah hendaknya. Harap jangan dilupakan kami di sini.

 

Semoga hari mendatang lebih memberi kerberkatan dalam hidupku. Ini lah manusia yang tak pernah sunyi dari gelak tawa, sedih pilu, tangisan. semuanya datang dalam berbagai bentuk dan rupany. semoga aku lebih tabah.