Sejak Fahda masuk kelas tadika ni, saya terpaksa membuat rutin baru. Terutamanya nak ‘adjust’kan diri untuk bangun tidur seawal yang mungkin. Rasa-rasanya dah bangun awal, tapi kadang2 masih terkejar ke sana ke mari..

 

6 am

– bangun tidur, pergi dapur untuk tekan button pada cerek

– untuk panaskan air agar anakandaku dapat mandi air panas. Maklumlah tak de water heater.. – mandi dan solat Subuh – berdoa agar hari ini lebih baik daripada semalam. Mendoakan semoga Allah bukakan pintu rezeki untuk keluarga sebesar-besarnya. Dan rahmati kehidupan kami dari saat kami membuka mata sehingga lah saat tidur nanti.

 

6.20 am

– Sediakan air mandian panas untuk Fahda.

– kejutkan hubby dan fahda. Bangunkan Fahda, terus masuk bilik air, mandikan Fahda. Terpaksa lah layan nangis-nangis manja dia. Moodnya tak tentu. Kadang-kadang nak mandi air panas, kadang-kadang tidak, kadang2 nangis, kadang2 ketawa sambil mandi. Saya perhatikan moodnya yang berubah itu kadang kala ikut mood saya pulak. Kalau saya tergesa2, marah kan dia.. mesti nangis. Tapi kalau kita kejutkan dia dalam mood yang happy, rileks.. dia pun boleh rileks jugak. Kadang2 kena buat lawak sikit dgn dia..

 

cthnya : buat2 jatuh katil – ngadu sakit. Hasilnya Fahda tergelak besar… ataupun buat2 tersalah ambil berus gigi.. nak berus gigi dia, saya ambil berus saya.. mcm2 idea baru kena buat supaya Fahda tak bad mood. Pokok pangkalnya saya jugak kena sentiasa positif, good mood dan bersemangat. Barulah Fahda pun dari pagi hingga ke malam akan ketawa aje..
J Sementara saya mandikan Fahda, hubby bangun buat susu Fahda & tunggu turn nak mandi.

 

6.45 am

Fahda minum susu sambil tengok MHI. Kalau sempat akan on TV1 untuk rancangan lagu kanak2 – ‘Selamat Pagi adikku’. Semnatara tu saya bersiap… kadang2 Fahda tertidur depan TV.

 

7.00 am

keluar rumah..

 

Ringkasnya beginilah rutin saya untuk 1 jam pertama lepas bangun tidur setiap hari kecuali hari cuti. Semoga Allah berikan kekuatan pada saya sekeluarga untuk memperbaiki kehidupan kami.