Latest Entries »

Bila due..?

Hari ni aje dah 4 orang tanya mama bila nak cuti maternity ni? Masing2 muka surprise bila mama cakap, ni baby new year.. haaa?? lagi 2 bulan laa.. adooii ingatkan dah nak tunggu hari.. sbb perut dah besar sangat, muka pun dah sembab aje… jalan pun macam tak larat.. memang betul pun.. tak larat lah.. rasa macam nak cuti aje.. mama bagi alasan bagi can you all dpt bonus dulu baru lah kita cuti.. hehee.. masing2 muka senyumm..

Anyway minggu ni dah nak start shopping barang baby. Menyesal rasanya tak shopping awal2 dulu. rasa badan tak segagah dulu, nak jalan ke hulu ke hilir.. window shopping pe ntah lagi. CUma sekarang kalau boleh, mama gagahkan jugak datang ke office. biar lah penat mcm mana pun kena datang office. tak boleh manjakan sangat. kalau kat rumah pun duduk, baring, tido ajee.. badan lagi sakit2. baik datang office at least boleh turun naik tangga 10 kali… dah lah tangga kat sini tinggi2. kantin jauh, surau jauh, toilet jauh. exercise lah jawabnya.. mencabar betul. Taapi lebih baik sakit penat sebab turun naik tangga, jalan2.. daripada sakit penat sebab baring tidur aje…

ok lah got to go..

Pregnant @ 28 weeks

Dah masuk minggu ke 28. adoii… terasa baby kicking here & there.

– Last week checkup, doktor kata baby girl again.. hmm.. actually tak kisah girl ke boy, asalkan baby sihat. Tapi pelik jugak sbb setakat nihh ramai yg agak2 baby boy, berdasarkan bentuk perut aku yang melonjong ke depan. memang berbeza dengan Fahda. Masa fahda dulu aku serba bulat, dari kaki, tangan, muka, perut, pinggang. Tapi kali ni aku bulat perut ke depan. kalau dari belakang tak nampak aku ni pregnant.. ni kata orang lahh.. aku iye aje…

– Berat 73.8kg.. alamak.. naik 4 kg la… last month 69.5kg.. ni Hari raya & opeh house punya penangan lah ni.. ohh tidak.. diet.. diet.. Pregnant pun kena diet ke? sudah semestinya…!

– Puasa lepas kantoi 3 hari.. alhamdulillah aku dapat puasa hampir sebulan. yang kantoi 3 hari tu sebab memang tak terbangun sahur.. kalau tak bersahur, amat perit rasanya badan ni nak bertahan sampai ke petang..

– Hari ni tak kerja.. EL sbb sekolah fahda ada buat TNB maintenance.. so aku pun EL lah. kebetulan tengah sakit2 badan nih. amik kesempatan berehat.

hmm.. tak de ape lah nak citer.. bosan..

Alhamdulillah.. aku sudah melepasi minggu ke 23. Kalau pergi scan due date tu seakan beranjak lambat sikit seminggu dari due date asal iaitu 31/12/2010. May be sebab ikut size baby dalam perut masa tu.

Semalam pergi checkup,
– scan baby tak nampak jantina lagi.. asyik menyorok aje.. Actually tak kisah boy or girl, asalkan sempurna dan sihat hendaknya.
– berat turun 500 gram.. from 70kg to 69.5kg. hah..! semestinya sebab puasa, pembakaran lemak berlaku dengan lebih pantas..
– anggaran berat baby dalam 60g, sebesar buah mangga.. ini ikut yg aku baca dalam buku..
– semalam tak puasa sbb kalau ikutkan kena minum air gula, so dr suruh puasa dari pukul 10 malam. Maknanya sahur pun tak boleh makan jugak.. Tp dr kata tak payah buat dulu, next visit baru buat. OK aje.. tp tak larat pulak untuk meneruskan puasa sbb tak makan langsung dari pukul 10 mlm tadi… Masuk hari ni dah 2 hari tak puasa.. 2-2 sbb tak makan masa sahur..🙂

Harap semuanya sihat sampai ke minggu2 terakhir nanti… kepada semua, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin…

hehe.. adikku kata blog bukan kena update selalu.. betul jugak tu. tp kalau setahun sekali update pun payah jugak.. dah bersawang, berkulat blog itu..

salam to all….

Novel untuk Fahda

Semalam jalan-jalan kat Sunway Pyramid, singgah jap kat MPH. Fahda dia belek2 buku kat ruang motivasi diri. tiba-tiba dia cakap dia nak beli buku novel… ishh budak ni biar betul.. tajuk novel tu.. solat something2… tak ingat.. lah tp cerita pasal budak tu nak ngelat solat.. fahda excited sgt nak baca.. Mama sampai terdiam.. nak beli ke tidak.. nak beli ke tidak… 80ms tu.. advance betul. Takut rugi je beli dia baca half..

pas tu last2 Mama cakap cari buku lain.. tebal sgt ni takut fahda tak baca.. pas tu dia jawab.. ok buku ni fahda beli bila fahda dahh dewasa nanti… hehheee… Last2 beli 2 buku lain.. 1 komik anamuslim, 1 lagi novel anamuslim, pun 80ms jugak tp font besar2 sesuai lah utk dia… Mama check buku anamuslim tu sesuai utk level dia.

komik doraemon yg kat rumah wan pun dia dah start baca.. bagusnya darjah 1 dah start baca komik.. hope jangan lupa belajar ye…

Semalam Mama marah2 Fahda sbb suka buat sepah satu rumah.. pagi sebelum tu, Babab dah marah fahda pasal rengek-rengek masa nak pakai tudung. So malam tadi Fahda macam merajuk, siap tulis kat white board.

“Fahda senang aje. sape yang marah-marah fahda, fahda tak nak tolong orang tu kalau orang tu minta tolong. Mama ke baba kee.. “

Fuuhhh ayat dia tu.. Mama jwb tulis dlm white board gak. “kalau fahda tak nak tolong mama, mama pun tak nak tolong fahda buat susu, gosok baju sekolah, basuh kasut..”

Dia jawab… “ Fahda tak setuju.. …”

Saya jawab balik.. “Mama setuju sebab mama marah sbb mama sayang fahda”

Dia jawab… “ Fahda tak setuju.. sayang mana boleh marah…” pas tu nak tiidur tu Mama explain lah… blaa blaaa…

Pas tu pagi ni.. dia tulis kat whiteboard… “ fahda setuju.. fahda love mama”

hehee.. Sekarang ni kebolehan fahda menulis ayat2 yang power memang dikagumi… hehee..

Lama tak update….

busy and malas melanda..

Through my window Lyrics – Bunkface
THROUGH MY WINDOW

Don’t want much, I just want everything
Thought that I could, do almost anything
One step in front of the other
Thought that I could do it alone

In the blink of an eye, it’s just another day
Telling me why, I’ll find another way
Got this feeling, got me reeling
I can almost start believing

Now there’s me and you
And we are not alone
You and me
We are together now
Through my window, I can see there’s
More than you and more than me
Me and you
And we are not alone
Different view
We are together now
Through my window, I can see
Our wildest dreams could be so real

I see a spark, it starts a fire
Is this the one worth waiting for?
Thought that I could do it without you
Can’t exist like this anymore

Now there’s me and you
And we are not alone
You and me
We are together now
Through my window, I can see there’s
More than you and more than me

Now there’s me and you, you and me
We are not alone and we are together
Through my window I can see
Our wildest dreams could be so real

Credit to Rye and http://everyoneconnects.net/
Facebook : Everyoneconnect

 

—————

Lirik Tomok – Through My Window (Everyone Connects) Malay Version

Memang ku mahu segalanya
Fikir ku mampu laku semua
Ku melangkah dengan pasti
Ku mampu laku sendiri

Sekelip mata hari baru pun tiba
Beritahu lagi cara baru
Perasaan ku berbunga
Harapan ku mula ada

(korus)
Ada kau aku kita kan bersatu?
Kau aku akhirnya bersama
Di Jendela ku melihat
Segala ku inginkan
Kau aku kita kan bersatu
Berbeza namun tetap mesra
Pabila ku lihat kamu
Impian nyata ku tahu
*Koleksi Lirik Lagu-Lagu Melayu Di myLirik
Rasa hati mula membara
Penantian tiada ku rasa
Tak mampu ku hidup tanpamu
Sendirian selamanya

 

Penatnya kerja..

Sampai bila nak macam ni.. asyik kerja balik lambat. sabtu ahad pun kerja. badan dah penat, otak dah letih. sampai bila..sampai bila. dalam hati tahu merungut sahaja.. apa tindakan yang seterusnya? mahu terus begini atau cuba cari rezeki di tempat lain..

dah tak larat.. kepala pening tekak nak muntah. hari-hari buat kerja yg sama. sakitnya hati. jadi kuli seumur hiduplah aku nampaknya… arghhh..!!

Hurry..! Win a LV Neverful Bag

ShoppingLifestyle Magazine Readers' Contest: Win A Louis Vuitton Neverfull Bag

The essential carry-all to bring on-the-go — to work, play or even holiday. Stand a chance to win the
Louis Vuitton Neverfull Bag

simply by taking part in ShoppingLifestyle readers’ contest. Signing up is easy: Just follow the step-by-step instructions below. Terms & Conditions

Please note that this contest is only open to residents of Singapore and Malaysia.

Closing Date: 31 Aug 2009