Tag Archive: Personal Finance


Adakah anda mempunyai kemuskilan atau pertanyaan tentang masalah kewangan yang sedang anda hadapi? Masalah hutang? atau hanya ingin tahu cara dan kaedah paling berkesan merancang serta mengurus kewangan anda? atau ingin tahu kaedah dan teknik menyelesaikan masalah kewangan tertentu yang sedang anda hadapi?

Atau anda mahu tahu bagaimana untuk meningkatkan simpanan anda 10X , 20X atau 100X kali ganda berbanding simpanan anda sekarang? Mahu menambah harta dan kekayaan? Mahu tahu teknik bagaimana untuk menyimpan 100% dari pendapatan anda? atau anda punyai pelbagai pertanyaan berkenaan kewangan? Apa sahaja kemuskilan anda berkeanaan kewangan, kami punyai jawapannya.

Sila layari forum percuma di http://urusinsan.forum5.com atau layari laman web www.urusinsan.net.my

Salam,
Azue

as per my post to forum urusinsan today.

Nak setkan matlamat memang senang tp kita kena usaha ke arah itu. Matlamat saya buat masa ini cuma untuk menyelesaikan hutang kad kredit suami isteri berjumlah almost 30K dan OD yang saya ada ialah sebnyk 30K. Saya telah langsaikan about 17K dan Insya-allah by end of this year settle. Slow and steady menggunakan teknik kad kredit dr forum urusinsan ni.

- saya tak de astro. TV percuma pun tak abis tengok.
- cuma ada 1 kereta. walaupun husbnd bising nak pakai 2 kereta sebab dia tak nak terkejar2 balik ambik saya and anak. tp saya kata tak payah. Balik pulak sy tebal muka tumpang kawan sementara ayah saya driver taxi ambik anak saya kat sekolah. Mcm tulah rutin hari2. Susah sikit jer..

mengenai halangan lak.. memang bnyk halangannya nak capai matlamat. Contohnya saya sendiri, halangan saya ialah hobi husbnd yg jadi collector model kapal terbang perang, kapal selam, kereta kebal or anything about war lah kira.. setiap satu tu harganya RM100 ke atas. paling murah pun RM70. dlm bilik kerja husbnd sy penuh dgn kotak2 model tu. kalau dijual mahu boleh dapat 10K-15K.

Dulu boleh kata everymonth husbnd sy akan beli benda tak de faedah tu. dr Jepun, US, HK, anywhere.. tp everytime beli, saya akan leterkan sampai dia fedup. heheee…. yelah hutang 30K tak abis bayar dah nak habiskan duit ke benda lain kann… baik duit Rm100 tu dia guna buat beli buku anak ke.. bayar duit CC ke.. duit PTPTN dia yg tak terbayar sampai kena warning tu.. bg duit pd emak ke.. at least duit tu mengalir ke arah benda yg berfaedah. Pernah gaduh besar bila saya jumpa statement kad kredit about 4K a month abis ke model kapal terbang tu masa tu belum jumpa forum UI ni.

Bila dah jumpa UI ni, saya slowtalk dgn hubby sampai nangis2 (berlakon jerrr).., sampai bila nak macam ni. For 2008 ni stop beli benda2 tu. 2009 nanti sy akan allocate duit utk dia beli tp may be 3 bulan sekali aje. bukan everymonth. Dia kata dia akan cuba, dia dah addict dgn model2 tu. asalkan ada model terbaru dia tak fikir pjg nak beli.. dia ngaku bab2 duit ni dia fail sikit.

anyway he broke the promise, last month dia beli 3 kotak sekaligus semuanya around RM400 lebih… ngamuk tak saya???

itulah halangan saya yg utama… ntahlah nak kata ape. Terima seadanya walaupun makan hati.. lebih baik addict kat model kapal terbang tu dr addicted to the real ‘Model’ (pompuan lain) or lebih teruk drug addict.

Mencurah perasaan sy nampaknya..
Ya-allah Ampunilah dosa kami.. & murahkanlah rezeki kami. Amiin.

satu-jam-seminggu

Motivasi sikit pagi2 ni. Saya terklik at Irfan Khairi’s blog & tertarik dgn topik ‘satu-jam-seminggu’. Apa yang Irfan Khairi katakan ini adalah benar belaka. “Berapa lama masa anda berikan untuk diri anda memantau keadaan kewangan anda setiap minggu? “

Bagi saya entah berapa jam setiap hari.. ada aje idea nak revised balik plan kewangan. sampai bila pun tak tahu. hope sampai bila2 so that i can keep my plan and do it. Saya menanti setiap bulan untuk menyelesaikan hutang kad kredit saya & Si suami. Insya-allah bulan 6 ni tamatlah riwayat hutang kad kredit. yang penting wajib menyediakan plan, review, review, review.. and just do it!

——————-

Satu Jam Seminggu by Irfan Khairi

Mereka yang berjaya dari segi kewangan adalah mereka yang mengambil masa yang lama memantau dan meninjau keadaan kewangan mereka. Walaupun sebelum mencapai apa-apa kejayaan kewangan.

Berapa lama masa anda berikan untuk diri anda memantau keadaan kewangan anda setiap minggu?

Tanamkan tabiat memberi sekurang-kurangnya 1 jam setiap minggu untuk berhenti dan semak keadaan kewangan semasa.

Ramai antara kita seakan “malu” hendak duduk dan pantau keadaan kewangan semasa kita oleh kerana “takut” melihat keadaan kewangan yang tidak mengizinkan.

Mereka yang ingin berjaya dalam kewangan mesti meletakkan masa khas sekurang-kurangnya satu jam setiap minggu untuk melihat kedudukan kewangan senidiri.
ni ada satu komen dari pembaca blog irfan.. menarik.. menarikk..

ecaros says
Hampir semua orang yang berjaya selalu update blueprint kewangan mereka tak kira byk masa mereka peruntukkan. Sebabnya nak memperbaiki kekurangan dan kesilapan yang terdapat dalam blueprint mereka.

Blueprint kewangan kita tak ubah mcm blueprint rumah. Jika design dan reka bentuk rumah tersebut kukuh, rumah tersebut turut kukuh, tapi jika sebaliknya padah la jawabnya kita yg tggal kat bwah bumbung. Blueprint kewangan kita pun sama cuma kelebihannya boleh diperbaiki dari masa ke masa…haha…

Kebanyakan org M’sia lupa nak check blueprint mereka dr masa ke masa sebabnya sibuk, terlepas pandang dan byk lg alasan lain mcm abg Irfan kata sblum ini. Kesannya ramai yang mengalami masalah kewangan tak kira orang tu bergaji besar atau kecil.

Testimonial OD/ASB

last week saya gi kelas OD. kena bayar RM200. tak bnyk yang saya dpt pun sbb kebanyakan yg dicerita tu saya dah tahu.. huuuu rasa rugi jugak tp kira okaylah sebab ada 2-3 issue yg sy nak tanya, terjawab gak hari tu. Disebabkan pagi ni, pagi-pagi lagi kawan2 kat office dah tanya,  so kat sini nak share testimonial org yang dah berjaya guna teknik OD ni..  OD ni bukan MLM yeee. masa saya pergi tu ada dekat 30 org.. semua diorang tu hutang keliling pinggang mcm saya. tp now masing2 dah nampak jalan.

Yang testimonial ni semua client en aziz. dulu saya bayar 650 utk jumpa dia.. tp tak boleh nak follow cara dia sebab dia mintak modal 50K. mana nak dapat. tp saya cari ilmu ni dr internet.. berlambak. ramai yg bagi consultation free. so dr diorang ni semua lah saya belajar ilmu OD ni.. rupanya boleh start dgn minimum 11K aje. so ini testimonial saya pulak..

hutang CC 28K skrg tengah bayar.. lagi 20K akan settle dalam 6 bulan. bnykkan hutang. sedar tak sedar aje.. start bulan February ni saya dpt menyimpan jugak RM1K sebulan. alhamdulilah. insya-allah tahun depan boleh simpan 2K sebulan pulak. saya target 200K dalam ASB dalam 10 tahun lagi (2018). harta benda or kereta, so far tak de rasa nak tambah beli rumah or beli kereta baru. just maintain je cara hidup skrg. Tak de lah mewah tp tak de risau duit x de, emergency, hutang.. blaa.. blaa blaa. mcm hari tu anak start sekolah belanja semua dekat 800. selamba aje keluar duit. x de risau langsung.. nak bercuti pun senang. planning & sedia kan budget. semuanya tanggung beres.

Dah ada OD ni tak boleh boros.. kena selalu berhemah. yelah time nak keluar duit dr ATM tu.. begiitu mencabar iman sbb nampak duit sedepuk 20K. rasa cam nak guna semua.. hehee kena ingat planning & budget kita everymonth. insya-allah kalau dah plan monthly.. kita akan stick to the plan. malah kita sebenarnya akan jadi lebih kedekut. bukan kedekut ape.. kedekut dr beli benda yang bukan2 yg tak berfaedah.

Source : http://testimonial-bebashutang.blogspot.com/

Testimonial Roslan Ida

Assallamualaikum dan salam sejahtera pada semua, Kali ini saya pulak ingin menceritakan tentang pengalaman saya menyelesaikan masalah kewangan yang selama ini merunsingkan kami. Kami berjaya menyelesaikan masalah hutang kami dan mempunyai simpanan yang tak pernah kami jangka. Kami mempunyai beberapa kredit kad yang berjumlah RM 43,000.00. Semua habis digunakan. Bukan setakat itu saja hutang kami, kami ada 2 buah rumah, 2 buah kereta, 3 personal loan. Belum masuk lagi duit talipon, duit makan, petrol, mak dan umi….hisssh poning jugak kepalo den ni haa.Kehidupan kami sebelum ni, tak susah sangat. Kami masih lagi boleh gi tengok wayang, gi camping cuma simpanan je kadang kadang ada kadang kadang takde. Isteri saya ada tabiat suka menyimpan duit syiling. Pantang jumpa syiling pasti dia akan simpan dalam tabung. Kadang tu dia sengaja tukar duit kertas pada syiling supaya dia boleh menyimpan. Padanya dengan cara begitu saja kami boleh menyimpan. Dan setiap bulan kami akan tukar duit syiling tu dan duit tu kami simpan dalam ASB. Dapatlah jugak menyimpan dalam RM 100.00 hingga RM 200.00. Itu saja yang kami boleh simpan. Kadang tu tak dapat menyimpan bila datang bab ‘tersesak’ ni. Sekarang ni dengan penstrukturan semula kewangan, kami boleh menyimpan sebanyak RM2k ++ sebulan.

En. Roslan dan Puan Nabilah
”Pada mulanya kami tertarik dgn kesungguhan rakan yg ingin membebaskan hutang beliau. Setelah mengikuti bengkel perancangan kewangan yg dianjurkan, kami turut melaksanakan perancangan yang dirancangkan untuk kami. Alhamdulilah, setelah mengusahakannya selama empat bulan akhirnya berjaya juga kami melangsaikan bebanan kami selama ini dan kini mulai dpt menyimpan dlm asb sbk 4 angka yang tidak pernah kami fikirkan sebelum ini. Langkah selanjutnya kami akan memendekkan pinjaman perumahan kami dari 30thn ke 10 ke 12 thn shj tanpa membebankan!!. Insyaallah tahun hadapan dapat juga sekeluarga melancong ke luar negara. Wassallam

En. Roslan dan Puan Nabilah, Puchong, roslana@pjh.com.my

Uruskan duit-duit mu..

Saya mempunyai beberapa plan untuk kewangan saya. semuanya berlegar2 dalam kepala. plan jangka pendek.. jangka panjang. semuanya. Off course bnyk jugak halangannya. tp insya-allah kalau kita plan dan buat sure akan  nampak hasilnya. kalau tak jadi jugak kena lah revised balik plan tadi.

Plan jangka pendek..

Target date : February 2008
1. hadiri kelas OD organize by urusinsan forum – esok.
2. Buka akaun SSPN untuk anak – sebab ada tax exemption sebanyak RM3K.
3. Hentikan potongan gaji Tabung Haji sebanyak RM100 untuk sementara waktu. sehingga penuh ASB 200K.
4. Stop & refund balik insurans dgn Amassurance
5. Update buku ASB for 2007 dividen & keluarkan dividen untuk top-up OD. Tak sempat2 lagi nak update. bukan ape, kaunter ASB sentiasa penuh. Ni mesti pengguna OD ni yang nak update jugak.. :-)

so far.. inilah planning untuk bulan February.. Namun begitu pada bulan February jugak duit bnyk keluar. manakan tidak.. cukai pintu 2 biji rumah sebelum 28 Feb, bil pertama for installation stremyx, bil Indah water. haii.. semuanya lah. yang penting kena plan elok2.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.