Tag Archive: Outing


Weekend Outing..

Adalah menjadi kemestian bagi ibu bapa untuk membawa anak-anak berjalan2 pada hujung minggu. Selalunya tempat2 yg menjadi kunjungan adalah seperti shopping complex, taman permainan, taman tema. Kunjungan seperti ini dapat merapatkan lagi hubungan di antara anak dan ibu bapa malah untuk pasangan suami isteri itu juga.

Bagi aku, outing hujung minggu kadang2 mengeluarkan belanja yang besar jugak. Entry fees yang mahal, makan minum sekeluarga memungkinkan kita menghabiskan hampir RM100 sehari untuk sekali outing. Memang duit tak de nilainya nak dibandingkan dengan gelak tawa anak2, senda gurau dan bonding yang terjalin sepanjang outing tersebut. Namun, jangan pula hujung bulan kita garu kepala tengok duit makin menyusut, poket pula hampir kosong.

Disini aku nak cadangkan tempat2 menarik dan aktiviti untuk sekeluarga yang tidak memerlukan belanja yang besar.

1. Pusat sains Negara
Pusat Sains Negara, Pesiaran Bukit Kiara, 50662 Bukit Kiara, Kuala Lumpur
Telefon : 03-20921150 (ext. 350), Faks : 03-20921250
Dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat, 9.00 pagi – 5.00 petang
Bayaran Masuk :
* Dewasa RM6.00
* Kanak-kanak (7-12 tahun) RM3.00
* Warga Emas (55 tahun ke atas) RM3.00

2. Muzium Polis (Royal Malaysia Police Muzeum)
Location : Jalan Perdana (between the National Mosque and Lake Gardens)
Contact no. : 03-2272 5689
Open : From 10am – 6pm (Closed on Monday)
Admission : Free

3. Taman Bunga Raya
Admission: Free

4. Memorial Tun Abdul Razak

5. Planetarium Negara

6. Islamic Cultural Museum

7. Pusat Islam Malaysia

8. Perdana Lake Gardens

9. Kuala Lumpur Bird Park

10. Butterfly Park / Taman Rama-rama
Admission fees: RM4 for adults and RM2 for children.

11. Deer Park / Taman Rusa
Admission: Free

Pusat Sains Negara

Minggu lepas kami berkunjung ke Pusat Sains Negara.. saja berjalan2 ke situ sebab tak tahu mana lagi nak pergi, selain shopping complex.. shopping complex.. shopping complex. :-) Fahda begitu seronok mencuba setiap satu alat2 sains tersebut terutamanya apabila melalui galeri pameran untuk angkasa lepas. Galeri pembangunan negara dari manual ke digital pun not bad.  Banyak yang anak2 boleh belajar di sini. Meng’explore’ galeri pameran, taman pendidikan sains.

Overall i can say OK, but tak sampai standard kita orang dewasa kerana bnyk jugak kekurangannya pameran ni tapi rasanya berbaloi untuk bawak anak2 ke mari. Banyak yang boleh dipelajari. Penat jugak berjalan dalam 2 jam lebih, kami masuk pukul 2ptg, keluar dalam 4.30 ptg. 

Lepas lunch di kenduri kami terus pergi PSN. lepas tu terus balik. Jimat.. tak keluar belanja makan pun sebb dah ditanggung makan di kenduri tadi. cuma bayar RM12 untuk aku dan si suami. Alhamdulillah..

*TRIVIA : Tahukah anda sotong kurita mempunyai 3 jantung… (from PSN website)

Alamat ; Pusat Sains Negara, Pesiaran Bukit Kiara, 50662 Bukit Kiara, Kuala Lumpur
Terletak di kaki bukit Bukit Damansara, bersebelahan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), dan berhadapan bangunan Suruhanjaya Sekuriti. Lihat Map di sini >> http://www.psn.gov.my/images/map3.gif
Telefon : 03-20921150 (ext. 350), Faks : 03-20921250
Dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat
Masa :9.00 pagi – 5.00 petang
Bayaran Masuk : 
* Dewasa    RM6.00  
* Kanak-kanak (7-12 tahun)  RM3.00  
* Warga Emas (55 tahun ke atas) RM3.00  

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.