Tag Archive: Kedai Kopi Tasik Shah Alam


Belanja Makann lagi..

Again, hari Jumaat aku belanja budak office makan.. again at Kedai Kopi Tasik Shah Alam. Kali ni sebab aku naik grade sikit.. hehehe.. alhamdulillah rezeki aku. tu yang nak share dgn diorang.

aku dah siap order awal2 by phone. Takut terlambat ajer. Malangnya aku yang lambat sebab boss panggil masuk meeting, lagi 10 minit nak lunch hour. hmmm.. aku keluar 10 minit after lunch.. lambat sikit. muka masing2 dah monyok.. tak pe aku yg belanja korang makan kann.. sampai sana semua dah ready.. makan jer lah.

total RM72.50 untuk 6 orang makan
1 nasi goreng Cina
2 Mee bandung (hmm sedap ya-amat…)
3 Chinese chicken chop. actually ni salah order.. patutnya nak grill chicken chop..
5 ABC yg amat besar. tengok harga RM4 setiap satu..
1 air jus kiwi

alhamdulillah…

Hari ni Jumaat aku belanja budak office makan kat Kedai Kopi Tasik Shah Alam masa lunch hour. Disebabkan lunch hour kitorang sekejap aje so aku siap order awal2.  Aku jumpa dgn owner kedai Kak Ema.  Peramah orangnya.. kami datang jer tadi terus makan..  6 orang kesemuanya. Aku belanja sempena birthday aku 3/3 Isnin hari tu. Lagi pun ni first time diorang nak makan kat kedai kopi tasik tu..

6 orang makan = RM71.50
2 chinese chicken chop
2 chicken chop blank pepper
2 prawn mee
1 take away croissant sandwich
air ikut suka masing2 lah aku minum air suam aje seperti kebiasaannya..

Komen masing2.. tempat ni best, berangin.. syok tepi tasik. macam2 lagi.. glad yg diorang pun think mcm aku fikir.. lepas ni masing2 nak bawak hubby dating kat situ..

bulan ni 2 kali dah aku belanja diorang. nak share rezeki dgn diorang. lagipun aku ni jarang dpt belanja diorang ni.. kekadang malu gak. dpt bonus pun tak belanja. bukan tak nak belanja tapi dulu tu aku memang betul2 sesak wang. skrg alhamdulillahh selepas menggunakan OD. boleh lah budget2 sikit.

ada sorang kawan tu cakap “sekrg ko dah mewah ye.. boleh belanja kitorang. tak kedekut cam dulu..” errkkk.. dulu aku kedekut kee? aku belanja gak kuih 40 sen satu.. hehee.. tak macam sekrg.. tak agak2 nak belanja orang McD or western food. alhamdulillah.. rezeki.

insya-allah ada rezeki aku belanja diorang lagi. kalau pjg umur, menjelang birthday aku, aku takkan lupakan diorang bebudak office aku. Amiiinn..

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.