Tag Archive: Financial


satu-jam-seminggu

Motivasi sikit pagi2 ni. Saya terklik at Irfan Khairi’s blog & tertarik dgn topik ‘satu-jam-seminggu’. Apa yang Irfan Khairi katakan ini adalah benar belaka. “Berapa lama masa anda berikan untuk diri anda memantau keadaan kewangan anda setiap minggu? “

Bagi saya entah berapa jam setiap hari.. ada aje idea nak revised balik plan kewangan. sampai bila pun tak tahu. hope sampai bila2 so that i can keep my plan and do it. Saya menanti setiap bulan untuk menyelesaikan hutang kad kredit saya & Si suami. Insya-allah bulan 6 ni tamatlah riwayat hutang kad kredit. yang penting wajib menyediakan plan, review, review, review.. and just do it!

——————-

Satu Jam Seminggu by Irfan Khairi

Mereka yang berjaya dari segi kewangan adalah mereka yang mengambil masa yang lama memantau dan meninjau keadaan kewangan mereka. Walaupun sebelum mencapai apa-apa kejayaan kewangan.

Berapa lama masa anda berikan untuk diri anda memantau keadaan kewangan anda setiap minggu?

Tanamkan tabiat memberi sekurang-kurangnya 1 jam setiap minggu untuk berhenti dan semak keadaan kewangan semasa.

Ramai antara kita seakan “malu” hendak duduk dan pantau keadaan kewangan semasa kita oleh kerana “takut” melihat keadaan kewangan yang tidak mengizinkan.

Mereka yang ingin berjaya dalam kewangan mesti meletakkan masa khas sekurang-kurangnya satu jam setiap minggu untuk melihat kedudukan kewangan senidiri.
ni ada satu komen dari pembaca blog irfan.. menarik.. menarikk..

ecaros says
Hampir semua orang yang berjaya selalu update blueprint kewangan mereka tak kira byk masa mereka peruntukkan. Sebabnya nak memperbaiki kekurangan dan kesilapan yang terdapat dalam blueprint mereka.

Blueprint kewangan kita tak ubah mcm blueprint rumah. Jika design dan reka bentuk rumah tersebut kukuh, rumah tersebut turut kukuh, tapi jika sebaliknya padah la jawabnya kita yg tggal kat bwah bumbung. Blueprint kewangan kita pun sama cuma kelebihannya boleh diperbaiki dari masa ke masa…haha…

Kebanyakan org M’sia lupa nak check blueprint mereka dr masa ke masa sebabnya sibuk, terlepas pandang dan byk lg alasan lain mcm abg Irfan kata sblum ini. Kesannya ramai yang mengalami masalah kewangan tak kira orang tu bergaji besar atau kecil.

Plan Kewangan March 2008
- Fax form balance transfer to Maybank.
- Fax form credit card Auto-pay for 1 a/c Maxis, 2 a/c Celcom, 1 telekom / stremyx, 2 api air.
- bayar kad kredit RM6545 for month of March.
- belanja harian seperti biasa..

Review Belanja Februari 2008
Take note for Februari2008, aku berjaya untuk tidak berbelanja mcm aku tak kenal OD dulu. Aku cuma guna Kad kredit sekali ajer untuk beli brang dapur di Tesco sebnyk RM120.. mmg beli stok habis-habisan. wahhh kagumnyaa. kalau tak sebelum ini sekurang2nya 4 kali pergi Tesco dgn setiap kali belanja RM50 – RM100. Insya-allah aku perlu mengekalkan records ini.. patut lah tadi Fahda komplen dah lama tak pergi Tesco. hehe aku pun tak perasan.

Duit belanja di office pulak, biasanya akan ku mintak pd si suami. menurutnya untuk February ini dia hanya menghulurkan RM50 kepada ku sebnyk 2 kali. haaa.. ye ke? RM100 aje belanja ku di bulan February ni? biar benarrr… mungkinn.. sebab aku bawak bekal dr rumah. bawak roti aje.. lgpun belanja makan dia office ni mmglah tersangat murah, selalunya dlm RM2.50 sj. kalau special2 pun dlm RM3.50..

saving masuk ASB RM1000.00.

wah betul2 diet duit ni.. alhamdulillah.. harap aku dpt kekalkan belanja ini sampai bila2..
 

Learn OD / ASB

Rasanya ramai yang telah menggunakan OD/ASB sebagai tools dlm financial kewangan mereka. Bagi saya pula mula mengenali OD/ASB ni pada February 2007 setelah berjumpa kak aniz anwar di rumahnya. Melalui nya saya dan suami menghadirkan diri ke seminar revolusi kewangan bersama En Aziz Ibrahim CFP.  Dan dari situ lah episod kami… kami hanya mampu menyediakan 30K sahaja sebagai platform, itu pun setelah 8  bulan menyimpan & di tambah dgn duit bonus, serta duit terpijakk.. alhamdulillah.

saya bnyk membaca mengenai pengurusan kewangan yang betul menggunakan OD/ASB yang rancak diperkatakan di forum2 di internet. semua testimonial menjadi pendorongku untuk terus merancang kewanganku dan menghapuskan hutang2 yang tak tahu laaa.. dari mana datangnya. semuanya akibat sikap tak nak ambil tahu ke mana datang dan perginya wang tersebut.. hahaaa..

Forum :
Cari Forum – Family Discussion
http://eblog.cari.com.my/?viewthread-318508.html

Melayu forum
http://www.melayu.com/perkampungan/viewtopic.php?t=31995&sid=78e95d0c0cfbcad2eb0d0952e551ff04

JomLAYAN – menukar beban hutang kepada aset
http://www.jomlayan.com/mybb/archive/index.php/thread-6409.html
di sini disenaraikan blog2 yang berkongsi cerita mengenai OD/ASB.
http://hidupaman.blogspot.com/2008/01/permulaan-semangat-baru.html

Millionaire Mommy in the Making
http://fiqblog.com/2007/11/27/od-asb-cc-and-what-not/
http://fiqblog.com/2008/01/14/micro-manage-your-money-with-odasb/

Explaining the ASB Loan Plus OD Method at Irwan’s
http://www.irwan.biz/explaining-the-asb-loan-plus-od-method/

Planning Financial For you Future
http://futurefinancial.blogspot.com/2007/05/some-financial-tools.html

Jutawan to Be
http://www.pie2020.com/category/pengurusan-kewangan/

Testimonial OD/ASB
http://testimonial-bebashutang.blogspot.com/

Increase your income and maximize you saving and investment
http://sws-infinite.webs.com/hantaranperkahwinan.htm

Aku kaya
http://mynazha.wordpress.com/2007/07/13/aku-kaya/

Step to financial Freedom
http://ayahwe.blogspot.com/

Pena Maya Mencoret
http://www.deraman.com/blog/category/kewangan/

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.