Aku dah 2 minggu batuk teruk.. dah 3 botol ubat aku makan. aduhh kenapa tak baik lagi ni.. badan pun rasa lemah sebab bnyk makan ubat batuk agaknya… batuk ni buat aku susah nak tidur. Lately aku batuk siap dengan terkencing2 dalam seluar. masalah ni…. lepas tu berlanjutan pulak dengan selsema. now rasa nak demam pulak… ada petua macam mana nak redakan batuk tak? tni petua-petua yang aku cari dlm internet. nanti aku nak try satu-satu…

BAsic about batuk & kahak:
batuk merupakan tindakan refleks/protective reflex utk apabila saluran penafasan kita tersekat or terganggu. Tujuan utk membersihkan saluran supaya bernafas dgn lebih selesa. Kahak merupakan lendir pekat yg terdpt di tekak apabila keluar dr hidung lendir ini disebut hingus.

Jenis n ciri2 Batuk:
1) Batuk tak berkahak
-rasa kering, gatal/perit kat tekak
-rasa gatal yg kering di tekak mengakibatkan batuk yg mengganggu tanpa mengeluarkan kahak/dry cough/irritative cough
-biasanyer disebabkan jangkitan virus or tindak balas akibat alahan dan biasanyer pulih sendiri

2) Batuk dr dada dan berkahak/chesty cough
-batuk dr dada dan mengeluarkan kahak menandakan jangkitan dlm paru2 misalnyer bronchitis and pneunomia.
-kahak berwarna hijau, kuning spt karat. Kekadang ada darah dlm kahak(hemoptisis) merupakan tanda penyakit yg serious.

3) Batuk dari dada tapi tak berkahak
-batuk dr dada tak mengeluarkan kahak
-menandakan kesesakan dlm paru2

Sifat2 kahak & tanda penyakit:
1)putih dan jernih/lebih cair
-tidak menunjukkan sebarang penyakit

2)putih, berbuih dan byk
-terdpt pada pesakit bronkitis kronik dan mrk yg merokok

3)hijau, coklat or kuning
-jangkitan dlm paru2 seperti bronkitis, pneunomia or jangkitan dlm saluran penafasan

4)kahak berdarah
-menandakan penyakit dlm paru2(karsinoma/cacinoma, batuk kering/tuberculosis, embolisme paru2/pulmonary embolism dll)

Fungsi Pencair Lendir:
Bahan pencair lendir adalah bahan yg membantu tuk mengeluarkan kahak apabila mengalami batuk jenis berkahak. dgn nie, bahan nie membantu mengeluarkan habuk, kuman dan bendasing yg terperangkap dari sluaran penafasan. bhn nie jugak membantu mengurangkan batuk dan adalah penting dlm mencegah jankitan.

Ia berfungsi dgn 1) mengurangkan kepekatan kahak samada bernanan or tak bernanah. 2) meningkatkan penyingkiran lendir dgn melaraskan fungsi silia yg memerangkap dan mengeluarkan kuman, habuk, bahan pencemar dari saluran penafasan. Lendir n bahan pencemar yg dikeluarkan dr saluran dipanggil kahak.

Jenis ubat utk kategori batuk/kahak
BAtuk tak berkahak—Penyekat batuk seperti benadryl
BAtuk berkahak——–Ekspektoran seperti Actifed expectoran
BAtuk tak berkahak/berkahak/dari dada tapi tak berkahak—–Bahan pencair lendir seperti Mucosolvan, Mucolator(abbott lab)
Kahak berwarna, pedih tekak dgn sbg—-Antibiotik, consult wf pharmacist/doktor

Apa yg harus dilakukan selain ambik ubat:
1) tingkatkan kelembapan udara dgn alat pelembap, pengewap (nebulizer ~RM250++), or sedut udara yg berkelembapkan tinggi. Ia mencairkan rembesan bronkus atau kahak.

2)minum byk air

3)kurangkan makanan yg menyebabkan byk lendir spt
-bahan tenusu
-makanan yg diproses byk kali(seperti minyak yg lama digunakan)
-daging
-makanan remeh
-gula pasir
-buah2 manis
-makanan dr tepung seperti roti putih

4)kurangkan makanan yg menghasilkan angin/flactulence
-kacang2
-kubis
-kubis bunga

5)merokok membahayakan kesihatan

Glosary What is:
bronchitis: penyakit yg menyebabkan byk lendir dan menyebabkan saluran penafasan tersekat kerana keradangan dan edema bronkiol.
Edema: terkumpul lendir berlebihan dlm tisu tubuh yg menyebabkan bengkak
Ekspectoran: ubat menyebabkan or merangsangkan batuk
Embolisme: sekatan pd saluran darah disebabkan darah beku, gelembung udara.
Cacinoma: ketumbuhan barah
Penyekat batuk: ubat utk menyekat batuk
Pneunomia: Radang paru2 yg disebabkan jangkitan seperti SARS

from : http://www.mesra.net/forum/lofiversion/index.php/t28282.html

Petua-petua

  • Last month my kids pun batuk & selsema, since b4 posa until last month, ubat batuk & cair kahak dah berbotol2, but still x berkurangan batuk & selsema dia, so bila balik kg my mom petik bunga belimbing buluh + dgn buah dia, basuh bersih rebus campur air + gula batuk, pastu bila dah sejuk bagi anak minum. Insyaallah baik. Dok kat pekan masalah sikit nak dptkan bunga belimbing buluh ni…… if anak yg jenis susah mkn ubat, bancuh dgn air biasa air rebusan ni, jadikan mcm syrup masuk dlm botol……
  • pegi kat supermarket beli jeruk kulit limau tu.. then balik umah ambil air panas masukkan kulit limau tadi dalam 10 keping tutup bekas tadi bila sejuk baru minum… sebab saya batuk hampir 2 bulan makan ubat batuk semua tak jalan then minum ubat nie.. 3 hari dah ok….alhamdulillah.. allah suruh kita berikhtiar setiap penyakit pasti ada ubatnya.
  • Air + nasi (sedikit sahaja, barang sebesor duit 50 sen. elok diambil yang dibahagian bawah) masukkan kedalam bekas cth. jag. Embunkan semalaman… esok minum la apa lagi…
  • Kalau batuk berkahak… tambahkan jarum beserta benang…. pancingkan jarum tu kedalam air tadi & diembunkan…
  • nie jamd dapat petua dari opismate my husband…chinese…dia bagi daun …apa eh nama dia lupa dah….daun nie ada bau sikit…kalau org demam….org akan suka ramas daun nie & pastu jaram kat kepala bagi sejuk…..alamak tak leh recall nama daun nie…rebus daun dgn air…pastu dah sejuk minum…nie utk batuk sejuk…batuk malam2 je…kalau batuk panas…rebus dgn air gula melaka & minum…alhamdulillah my husband try memang menjadi….. okay ingat dah…my mom panggil daun jintan. Daun jintan tu kena rebus dgn halia muda…air buat minum .
  • Ambil satu ataupun dua sudu nasi panas yang baru saja masak. Kemudian masukkan ke dalam cawan dicampurkan sedikit air. Setelah itu, embunkan nasi tersebut selama semalam. Keesokan harinya, minumlah air tersebut. Ulangi petua ini hingga beberapa hari. Insya Allah, batuk anda akan sembuh dengan segera.
  • Sebelum mendapat rawatan doktor, anda boleh mengamalkan petua ini jika anak batuk. Ambil sebiji limau nipis, perah airnya dan campurkan dengan satu sudu besar madu lebah asli. Beri anak minum. Ia boleh diamalkan oleh kanak-kanak dan orang dewasa. Bagi ibu bapa yang menggunakan tenaga fizikal setiap hari, amalkan makan telur separuh masak bersama-sama campuran madu ini. Insya Allah kita akan sentiasa rasa bertenaga.
  • 1 sudu plastik madu lebah. perahkan sedikit limau nipis dan selawat 3 kali…minum. 3 kali sehari. pagi tengahari dan malam..insyaallah akan baik dengan izin Allah s.w.t
  • Kalau batuk-batuk, sapukan vicks kat dada dan belakang badan (ini biasa le kita buat), tetapi kajian depa kena sapu vicks kat kedua-dua tapak kaki. lepas tu tidur le.
  • Kalau anda baru diserang batuk, sebelum tidur bersihkan tekak anda dengan air masak suam biarkan seketika barulah telan satu sudu besar madu lebah. Lepas itu tidur dan jangan makan sebarang makanan selepas itu. Paginya apabila bangun dari tidur sebelum gosok gigi telan satu sudu besar lagi madu lebah dan jangan minum air akan makan sebarang makanan untuk selama setengah jam. Selepas itu barulah anda pergi gosok gigi dan sarapan. Amalkan tiga malam dan tiga pagi berturut-turut insya-Allah batuk anda akan hilang atau reda beransur-ansur.
  • Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila telah kembang, minum airnya pada setiap pagi.
  • Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.
  • Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Air itu hendaklah diminum dua kali dalam seminggu.
  • Campurkan dua sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut tiga kali sehari.
  • Ambil dua sudu nasi panas yang baru masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya.
  • Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau tadi dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh. Selain melegakan batuk, nasi akan berbau harum.
  • Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang.
  • Ambil umbi pokok bawang putih lalu ditumbuk atau digiling, ambil airnya dan campurkan sedikit madu dan gula untuk diminum atau
  • Ambil daun Kecubung, hiris halus-halus seperti tembakau dan dijemur hingga kering, buatkan daun dan dihisap atau · minumlah rebusan akar pokok melor atau
  • Jika anda ada penyakit lelah, jangan lupa masukkan sebatang serai yang telah dihancurkan kedalam masakan anda. Cara ini boleh mencairkan lendir atau untuk batuk berlendir
  • Panaskan limau nipis dia tas bara api. Belahkan dua dan kemudian tuangkan kicap manis diatas belahan tersebut. Perahkan airnya kedalam mulut dan makan bersama hampasnya atau
  • untuk batuk berkahak Campurkan sebiji telur ayam kampung dengan sesudu besar gula pasir. Seduhkan dengan tiga suku gelas air mendidih. Biarkan sejuk lalu diminum.
  • di sini ada satu lagi petua untuk menghilangkan batuk… ambil setengah sudu asam jawa dan rendamkan dalam air suam dicampurkan sedikit gula dan minum air tersebut

produk-produk ubat batuk

  • Cubalah RUICAO..produk kesihatan yang bagus dan berkesan. Boleh bantu pulihkan sakit-sakit..batuk, lelah, dll penyakit.. kandungannya dari ginseng dan ginkgo. sesiapa jer boleh makan.. baik kanak-kanak sehinggalah org dewasa.. produk halal..kalau ambil produk ni, tak yah makan ubat klinik..sebab kandungannya dah lengkap untuk badan kita… saya amat2 syorkan.. boleh telefon/email kalau berminat 013-9269921 / adlyn007@yahoo.com
  • dapatkan NUFERA..ada yg ambil sbb batuk 2 bulan tak baik..Alhamdulillah 3/4 hari ambil nufera..baik…
  • nak cerita pasal batuk kak long lin sikit. Dulu tiap kali pregnant mesti batuk dr awal hingga end pregnancy. lebih2 lagi bila dah hujung nak bersalin, dengan terkencingnya lagi… teruk sangat. then sekarang kak long lin dah jumpa Transfer factor & alhamdullilah tak batuk lagi. Memang effective. Nutrilite Bio C pun memang membantu, Sekali sekala kak long lin pekena Manuka Honey (AMWAY) dgn lemon juice. Sedap. Semua tu memang kak long lin promote gila le… just call je….OK
  • Dapatkan sebotol air Coca Cola. Campurkan air tersebut dengan susu pekat. Kacau biar sebati kemudian minum. Amalkan setiap pagi. Petua dari Imam kampong.