OD atau Overdraft facility adalah sejenis pinjaman atau pun loan, tetapi ianya berbeza dengan jenis-jenis pinjaman yang lain seperti housing loan, car loan dan sebagainya. Ini kerana OD sebenarnya adalah satu kemudahan pinjaman yang di ‘standby’ kan oleh bank dan tidak semestinya digunakan oleh pelanggan.

Ciri-ciri Over Draft (OD) :-

1. Mesti digunakan bersama current account atau Akaun Semasa (Guna cek)

2. Selalunya memerlukan cagaran samaada dalam bentuk hartanah atau dalam simpanan tetap. Kalau nak cepat dapat boleh guna simpanan tetap atau Fixed Deposit (FD) atau Amanah Saham Bumiputera (ASB)

3. Jumlah OD yang diberi bergantung kepada nilai cagaran dan juga kekuatan kewangan pelanggan. Rekod dengan bank juga amat penting. Oleh itu jika anda masih baru dengan bank dan kedudukan kewangan (Dari segi gaji, tanggungan atau keuntungan syarikat) masih lemah dan anda letak Fixed Deposit sebanyak RM10,000 maka anda mungkin dapat sama nilai i.e OD juga RM10,000. Ini dipanggil One To One Basis.

Kalau anda dah lama dengan bank tu, kedudukan kewangan baik, rekod pembayaran pinjaman sebelum itu baik maka anda akan dapat lebih dari apa yang anda cagarkan. e.g anda letak Fixed Deposit RM10,000 mungkin dapat RM20,000 kemudahan OD.

4. OD boleh dipohon oleh pelanggan individu dan syarikat.

5. Persamaan dengan jenis loan yang lain ialah kemudahan ini dikenakan Faedah. Faedah biasanya diletak berdasarkan BLR atau Base Lending Rate. BLR ini merupakan kos untuk bank memberi pinjaman kepada pelanggan mereka.

Oleh itu faedah keatas OD anda mungkin akan dinyatakan dalam bentuk :-

      Kadar faedah OD = BLR + 3
      kalau BLR semasa ialah 12% maka
      Kadar faedah OD anda = 12% + 3% = 15%
Anda juga perlu ingat yang BLR boleh berubah dan jika BLR naik ke 15% maka kadar faedah OD anda juga naik menjadi 18% (15% +3%)

Sila semak juga kadar faedah OD itu dikira bagaimana, sama ada:-

     1. Flat rate (Macam pinjaman kereta)
     2. Monthly rate
     3. Daily rate

Jenis-jenis rate diatas akan mengenakan faedah yang berbeza. Walaupun ketiga-tiga jenis kadar diatas adalah 7% setahun tapi pengiraannya berbeza. Yang paling mahal ialah Flat rate.

6. OD juga boleh digabungkan dengan Housing Loan – Sebagai contoh jika anda ambil pinjaman perumahan sebanyak RM100,000 dan anda dah bayar RM40,000 dan baki pinjaman tinggal RM60,000 maka bank akan bagi anda OD sebanyak RM40,000 tertakluk kepada nilai pasaran rumah anda itu. Ini bergantung kepada bank sebab bukan semua bank menawarkan pinjaman sebegini.

7. Nilai pasaran cagaran anda boleh memberi kesan kepada OD anda. Jika anda gunakan tanah anda untuk mendapat OD sebanyak RM100,000 tetapi di masa hadapan nilai tanah anda jatuh dibawah RM100,000 maka jika anda dah guna sepenuhnya OD anda maka anda kena selesaikan perbezaannya.

Contoh:
      1. Amount OD diluluskan – RM100,000
      2. Nilai pasaran cagaran – RM90,000
      3. Jumlah OD yang anda dah dan sedang guna – RM100,000
      4. Jumlah kena bayar serta merta kepada bank – Jumlah OD dah guna – Nilai cagaran
          = RM100,000 – RM90,000

Jika anda tak gunakan OD anda hingga maksima maka bank akan turunkan amount OD yang boleh anda gunakan itu.

8. Permohonan untuk OD agak sama dengan loan-loan lain terutamanya jika anda menggunakan cagaran dalam bentuk hartanah seperti rumah dan tanah. Jika anda gunakan FD anda atau sijil ASB dan hanya mohon OD sehingga 100% nilai FD atau ASB anda maka permohonan adalah lebih cepat dan mungkin boleh terus diluluskan oleh Pengurus Bank cawangan anda memohon itu. Ini kerana OD anda tu tidak mendatangkan apa-apa risiko kepada bank.

Untuk kemudahan OD yang dipakej bersama pinjaman perumahan anda mungkin tak perlu apply kerana ianya diberi secara pakej dengan pinjaman perumahan anda itu.

9. Kadar feadah OD akan dikenakan kepada jumlah OD yang anda gunakan sahaja. Jika tak digunakan tak ada feadah yang dikenakan.

10. Bagaimanapun kebiasaannya bank turut mengenakan Commitement Fee untuk jumlah OD yang tak digunakan. Ini adalah kerana walaupun anda tak guna lansung OD tu tapi bank telah pun ‘standby’ kan jumlah OD anda itu dan menunggu untuk anda gunakan.

11. Biasanya kadar faedah OD lebih rendah dari kadar faedah kalau anda gunakan kemudahan Cash Advance melalui Kad Kredit.

12. Kemudahan OD juga boleh mengelakkan dari anda mengeluarkan cek tendang sebab jika anda keluarkan cek RM10,000 tapi dalam akaun anda cuma RM8,000, baki RM2,000 yang tak cukup tu akan secara otomatik diambil dari klemudahan OD anda itu.

Kemudahan OD amat berguna jika kita manfaatkanya tapi jangan salah guna sebab sama seperti penggunaan kad kredit ianya boleh membebankan jika terlebih atau tersalah guna.

Kelebihan OD ni ialah ianya satu standby facility dan jika anda tak guna maka anda cuma perlu bayar sedikit sahaja fee untuk maintain the facility dan jika anda sesak nak pakai duit maka anda tak perlu pening-pening nak pakai kad kredit atau lagi teruk pinjam dari Along.

Nukilan Oleh : Mohd Yusoff

source : http://rancangkewangan.blogdrive.com/comments?id=9

About these ads