July 6, 2009

Semalam Fahda tulis surat kepada mama.. heheee.. kelakar.. bunyinya mcm ni.

Kalao mama sayag Fahda mama patot belikan Hadiyah untuk Fahda, masa fahda pedi rumah wan..

Translationnya : ” Kalau mama sayang Fahda mama patut belikan hadiah untuk Fahda, masa fahda pergi rumah wan.. “  Oh noo.. now i know, all the while Fahda sebut pergi as PEDI… bnyk corrections ni.

Ceritanya sbb hari ni dia tersangat rajin buat homework, bnyk exercise yang dah siap, so dia minta mama belikan hadiah untuk dia. tp jangan tunjuk hadiah tu pd dia sekarang.. surprisekan dia dengan hadiah tu masa dia balik dari rumah Wan.. aduhai budak kecik ni… sbb saya pernah surprisekan dia dengan hadiah mcm ni, sebulan yang lalu.. alamak mintak lagi ke?

Anyway surat yang fahda tulis tu not bad. i think i should encourage her to start write a diary. Should i? Sebab now everynight sebelum tidur dia akan fikir balik ape yang menyeronokkan dia hari ini, she will say it it loudly one by one.. ikut turutan lagi tu.. kalau tak best, so obvious mcm moody aje. hehe.. i should teach her now, tonight. at least can improve her writing skills & she can express her feeling in her diary..

———- got this from internet.. so why waiting..? start now..!! ——

Improving Writing Skills

Importance of Daily Journals for all Children

© Jennifer Wagaman

Have children write in a journal each day to improve writing skills.

 

Getting a child to write may seem like torture. Many children simply do not like to write, for one reason or another. It may be extremely difficult for them to control the movement of the pencil on the paper, or maybe they cannot come up with anything to write about. Unfortunately for those children, the ability to write clearly and legibly is important and they need to learn. A great way to help improve a child’s writing skills is to have them keep a simple journal. This can begin as soon as a child can hold a pencil in one hand.

Picture Journals for Young Children

Young children who do not know their letters cannot write words or sentences but they can draw pictures. A class of preschoolers got excited one day because they “wrote” a Cinderella story. Parents had a simple folded picture book thrust into their hands and one after another each child read his or her story to smiling parents. The pictures were rudimentary and in some cases barely recognizable, but it was their story. This is where writing begins, one person expressing a thought or an idea on paper.

Words and Picture Journals for Children

As children learn their letters, encourage them to add first those individual letters and later words they know to their picture journal. This may start simply by signing their name at the bottom of each page, or having a string of random C’s and O’s strung across the lines. Children at this stage often love practicing their letters.

When children start asking how to spell words, use the opportunity to reinforce letter sounds. Ask them what sound it starts with, and help them sound out the word. Alternatively you can tell them to simply “write what it sounds like”. This is called inventive spelling, and as they learn more phonetic rules, help them learn the correct spelling rules for words.

When the children can write numbers, show them how to write the date. Get your calendar out and demonstrate how to find out what day it is, and how to write the month, day and year. Allow them to copy this information from your written example first, then as they better understand the concept, they can copy off of the calendar itself.

from :

http://teachertipstraining.suite101.com/article.cfm/improving_writing_skills#ixzz0KTQf8ZKu&D


Fahda tumbuh gigi kekal…

June 19, 2009

Di pagi yang indah itu fahda telah spoiltkan pagi mama dgn rengek2 malas bangun pagi.. hehhee.. kenapa ni. mesti sebab dah lama sangat cuti sekolah ni.. sabarkan hati mama ni.. nak mandi pun kena mandikan, gosok gigi pun kenaa gosokkan..

alamakkk.. ape benda tu.. haaa gigi nak tumbuh!! gigi kekal.. waaa dah besar dah anak mama ni tp gigi susu pun masih kuat lagi. gigi kekal tu tumbuh di bahagian bawah, belakang gigi susu.

gigi kekal nak tumbuh...

Macam mana ni.. gigi fahda memang tersusun cantik. belum pernah berlubang, tak de goyang2,  cantik putih berseri. Cuma gigi depan atas tu mcm ada gap sikit.. Fahda pun tak pernah mengadu sakit gigi. Ini lah result daripada menjaga makan. hehehe..

habit fahda yang mama suka :-

- dulu tak pandai minum air manis. air sirap, ribena, soya, anything yg manis2 semua dia tak suka.

- kat rumah minum air kosong / susu sahaja. kalau pergi kenduri kena cari air kosong jugak.

- cuma lately (sebulan dua ni) saja dah start suka minum air milo. asyik2 cari milo. dulu air milo tu sekadar untuk cicah dgn biskut/roti.

- kalau gi makan kat kedai pun, mintak air suam aje – share dgn mama.

- makan gula-gula sekadar untuk rasa saja, bukan untuk makan sampai habis. setakat 10 kali jilat & rasa, mesti buang sebelum habis.

- cuma tak boleh avoid coklat. her favorite..

- kuat minum air kosong…

 

actually fahda ni malas gosok gigi jugakk.. ikut mood dia, tp maybe sbb habit dia yang baik & tak suka makan manis2 tu dah membantu gigi dia jadi kuat & sihat. anyway di sebab kan gigi kekal nak tumbuh ni terpaksa kena cabut gigi depan.. ni kena jumpa doktor dulu. rasa mcm kena cabut.. ni berdasarkan blog drleen. dr gigi..

baca sini >>

http://drleen.wordpress.com/2008/01/22/bilakah-perlu-mencabut-gigi-susu/


Homework.. homework..

June 7, 2009

Bari ni dalam forum.cari.com.my, ada parents tanya macam mana nak bg anak tu buat homework yg cikgu bagi kat sekolah, sebab anak dia tak nak buat homework tu..

Actually learning & homework tu start from home, tak payah tunggu cikgu bagi baru nak buat homework. parents sendiri bg homework kat anak.. by age 5 years old tu korang printlah worksheet dari internet ket, or beli buku latihan untuk diorang buat every day.

jangan cakap buat exercise.. cakap hari ni mama nak bg homework. buat ni ms 1 & 2. lama2 they’ll get used with perkataan homework itself. selalu me masa anak tengah sibuk main tu, me akan panggil anak duduk sini sekejap buat homework ni satu muka surat. lepas tu baru sambung main. dulu-dulu satu baris, 2 baris, 3 baris.. lama2 baru naikkan jadi 1 ms, 2 ms.

As for me, tak de tetapkan masa untuk dia belajar, sbb takut dia tak nak & tak fokus… tak pernah push, kalau dia tak nak buat meaning dia x nak buat, Ok take your own sweet time. nanti bila free kita sambung ye..

Free tu bukannya tunggu masa anak tu betul2 free atau dah habis main, memang tak pernah free /abis main pun kannn?? cuma saya akan ambik masa sekejap2 tapi banyak kali, lepas mandi, kacau sekejap masa tengah2 main tu, sementara buat susu, sebelum tidur, sebelum makan, sebelum wonderpet, sementara iklan etc.

Kiranya my girl Fahda, now dah 6 yo, dalam 1 hari Sabtu/Ahad yg kalau tak pi mana2, dia dapat buat 10 -20 muka surat exercise dari buku yg me beli kat kedai… kalau dapat homework dari sekolah pun mcm tu, balik sekolah terus buat mana yang senang dulu, lepas tu mainn.. lepas mandi kang dia sambung sekejap. pas tu stop sebelum tidur, baru saya guide dia buat yg susah2 pulak.

Alhamdulillah math is her best subject kalau 20 simple soalan tambah tolak dalam 5 minit dia dah boleh siapkan cepat. full mark lak tu.. lepas tu dia akan sambung main. cara ni akan bagi dia fokus & quick thinking to solve the problem.. anyway mula2 memang dia akan rush buat homework tu, tp lama2 dia akan jadi biasa, and slowly take her time to do homework / solve to problem.

Ini cara saya & it work for my kid.. saya tak pernah push my girl tu study, tp because my of way of bg dia homework everyday & konsisten, so dia sendiri rasa it is her responsible to finish the homework.

Cuba lah & tell me what is your experience…


Swimming Class

June 6, 2009

For the first time, semalam 6/6/2009 Fahda belajar renang di Kompleks Sukan Panasonic (PSC). Registration RM20, Monthly RM50, kelas 4 kali sebulan. Fahda is attending Saturday class, 10 am. Her instructor name – Mr Morris & Mr Don, 2 young Chinese handsome guys!

Anyway semalam Fahda agak nervous & gugup kot. Nasib baik ada 1 kid – 4 year old (her name is Kimberly) yang baru join. Instructor cakap Fahda lambat warm up.. yes she is. For the first class cikgu cuma ajar breathing in water & movement kaki dalam air. Yang interesting nampak Fahda merangkak tapi kaki berenang.. adui.. penat jugak tu tangan nak berjalan / support badan dalam air.

abis kelas aje, she look happy but refused to comeback.. Mama just biarkan her feling. mula-mula aje tu.. while changing the swimming suit, Mama sembang2 dengan Fahda. memang dia excited.. & lama2 cakap hmm.. Fahda nak datang lagi laa.. fahda nak belajar sampai pandai.. Finally! Good girl.. i love you girl. Nanti Fahda ajar mama berenang yeeee…

Info :

1. Kids age < 5 years, fees RM 70 a month. Kimberly’s mother told me it is because of the instructor have to give more effort to teach kids at this age. It’s true.. looks like Kimberly hard to understand what the instruction given.

2. Kids age > 5 tears old and < 12 years old, fees RM50 a month.

3. Kids > 12 years old dikira adult, fees RM 70 a month. hmm.. I am thinking to join the class and learn together with Fahda.. happy mama-fahda moment! Sounds good..

4. Balik dari PSC singgah ke warehouse sale Harvey Norman, nak cari Vacuum. Unfortunately cuma ada satu model VC aje yang ada kat warehouse sale, brand electrolux, harga from 199 get 149. tapi tak sesuai lahh.. rumah mak besar, VC jenis tu sesuai untuk small apartment.. yg barang electric lain tu memang murah sangat.. 40%, 50%, 70%…

Info dari keratan Akhbar :

Berenang – Tingkat kepekaan kanak-kanak


Sharifah (dua dari kiri) mengajar kanak-kanak cara mengapung dan mengimbangkan badan ketika di dalam air.

Anakku Sayang
Oleh Siti Zaleha Jorimai

SIFAT semula jadi kanak-kanak sememangnya gemar bermain dengan air. Melihat kecenderungan ini, ibu bapa mungkin boleh mencungkil potensi anak dengan menghantar mereka belajar berenang secara betul.

Ini kerana menurut hasil penyelidikan, berenang mampu meningkatkan tahap kepintaran, konsentrasi dan kepekaan kanak-kanak.  Ia juga membantu dari segi perkembangan sosial, emosi dan fizikal kanak-kanak, di samping sebagai riadah yang memberi ketenangan dan suasana relak.

Jurulatih renang bagi kanak-kanak, Sharifah Hanum Kassim berkata, berenang membina otot yang kuat pada kanak-kanak, selain melatih mereka bernafas dengan betul terutama ketika berada di dalam air. Beliau berkata, air yang menjadi beban, dapat memaksa kanak-kanak menggerakkan tubuhnya dengan lebih kuat, sehingga seluruh otot tubuh bekerja keras.

“Dari kaki, tangan, hingga kepala seluruhnya digerakkan. Tubuh kanak-kanak menjadi terlatih dan daya tahan tubuhnya juga lebih kuat,” katanya. Beliau berkata, latihan berenang sejak kecil lebih menguntungkan daripada ketika dilakukan setelah anak memasuki usia remaja. Ini kerana menurutnya, potensi atau kemahiran yang ada dalam diri seseorang lebih mudah dilentur ketika masih berusia muda. Bagaimanapun katanya, dalam apa juga aktiviti kecergasan termasuk berenang perlu ada batasan mengikut peringkat tumbesaran kanak-kanak tersebut.

“Berenang mampu memberi manfaat jika dilakukan dengan teratur dan betul, sebaliknya jika latihan yang dilakukan melebihi kemampuan kanak-kanak tersebut, ia boleh membawa akibat buruk,” ujarnya.

Menurut Sharifah Hanum, kekerapan berenang yang baik bagi kesihatan adalah tiga kali setiap minggu, manakala maksimum yang boleh dilakukan lima kali seminggu. Beliau yang berpengalaman lebih lima tahun sebagai jurulatih renang menjelaskan, kemahiran berenang biasanya dapat dikuasai sepenuhnya oleh kanak-kanak selepas menghabiskan tempoh 12 sesi pembelajaran, di mana setiap sesi mengambil masa sejam.

Katanya lagi, terdapat beberapa peringkat pembelajaran yang perlu diikuti sebelum seseorang kanak-kanak itu mampu berenang dengan betul.  Bagi sesi pertama pembelajaran katanya, kanak-kanak akan diberi masa menyesuaikan diri dengan suasana kolam renang dan penerangan mengenai langkah-langkah keselamatan yang ada.

“Sebelum memasuki kolam mereka akan dilatih mengenai cara pernafasan yang betul, antaranya dengan menarik nafas ketika timbul di permukaan, dan melepaskannya ketika berada di dalam air. Kemahiran ini biasanya mampu dikuasai dalam tempoh satu sesi,” jelasnya.

Ini katanya, diikuti dengan cara-cara mengapung dan mengimbangkan badan di dalam air, sebelum mereka diajar mengenai teknik berenang seperti pergerakan kaki dan tangan.

“Terlebih dulu mereka akan diajak berenang di tempat cetek sebelum beralih tempat yang lebih dalam bergantung keberanian setiap individu,” ujarnya. Menurut Sharifah Hanum, antara cabaran mengajar kanak-kanak berenang ialah mengatasi perasaan takut yang menguasai diri mereka.

“Bagi yang pertama kali masuk ke kolam renang, mereka biasanya akan berpaut dan enggan melepaskan tangan jurulatih.

“Kehendak dan keperluan kanak-kanak mesti dihormati. Justeru, mengajar kanak-kanak berenang perlu dilakukan dengan sabar, lembut dan mesra.

“Jangan terlalu mendesak atau berkeras terhadap mereka. Biar mereka berenang dalam suasana yang meriangkan dan merasai ketenangan serta keseronokan berenang,” katanya. Beliau berkata, langkah-langkah keselamatan merupakan antara perkara utama yang dititikberatkan sepanjang kanak-kanak tersebut berada di dalam air. Katanya, selain jurulatih yang berpengalaman, perlu ada pengawal kolam renang dan kelengkapan keselamatan lain seperti jaket keselamatan dan pelampung.

Sementara itu seorang ibu, Rokiah Tahir, 39, menghantar ketiga-tiga anaknya yang berusia antara 7 hingga 10 tahun belajar berenang bagi mencungkil potensi yang ada dalam diri masing-masing.

“Kami selalu pergi bercuti dan kebiasaannya hotel penginapan mempunyai kolam renang. Dari situ timbul idea, mengapa tidak dimanfaatkan kemudahan tersebut. Sekurang-kurangnya apabila mereka sudah pandai berenang saya tidak berasa takut untuk melepaskan mereka, lebih-lebih lagi di kolam renang ada penjaga”.

Menurutnya, sejak pandai berenang anak-anak mempunyai keyakinan diri lebih tinggi di mana mereka berani berenang di bahagian dalam kolam. “Di sini mereka juga boleh bergaul dengan rakan-rakan sebaya,” katanya. Menurutnya, di kalangan rakan-rakan mereka juga lebih menonjol dan berani bersuara berbanding sebelum ini. Katanya, dengan menghantar mereka belajar berenang sekurang-kurangnya memberi kemahiran dan memupuk minat anak-anak.

“Dengan minat tersebut mereka tidak menghabiskan masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Selain itu sedikit sebanyak mereka juga mengetahui langkah-langkah keselamatan apabila berlaku kecemasan,” katanya. Suri rumah sepenuh masa ini juga menaruh harapan minat anak-anak beliau dapat dikembangkan agar menjadi ahli sukan renang yang berjaya suatu hari nanti. Sementara itu, orang ramai yang ingin mendapatkan khidmat Sharifah Hanum boleh menghubungi beliau melalui talian O13-3725502.


UKM SRAI 19

June 3, 2009

UKM? masuk U ke..? Tak lahh.. UKM tu abbr from Ujian Kelayakan Masuk SRAI 19.

Last Saturday 30/5/209, pergi ujian masuk sekolah integrasi. ramainya parents… ada kelas A – Q. setiap kelas 35 orang..  Fahda masuk kelas M, no meja 26. Total dalam 550 student nak masuk darjah 1, seksyen19, yg nak masuk SRAI Sekseyn 7, Shah Alam pun ada, tapi tak ramai dalam 5 kelas (A-F)

Terasa suasana mcm pesta pulak sbb ramai parents, anak2 yang datang. jalan jammed. nak parking pun susah. anyway mama rasa bila naik darjah 1 nanti Fahda tak akan menangis. Dulu rasa cam ada can nak menangis Fahda ni, mesti seminggu kena tunggu kat sekolah rendah tu.. tp since hari sabtu tu tengok Fahda mmg nampak pendiam tp boleh ikut cakap cikgu yg handle dia hari tu dan rasanya Fahda boleh cope dengan suasana masa tu..  nanti tengok mama yg nangis.. :-) rupanya anak lagi kuat semangat dari emaknya.. sy tengok dia beratur masa tunggu masuk kelas tu pun sy dah menitis air mata.. aduiiihh… hehe tak sangka dah besar dah fahda..

niway, fahda kata soalan tu susah.. ada 4 soalan dia tak boleh jawab. sy tanya balik, 4 soalan ke, 4 helai kertas ke, 4 muka surat yang tak buat? nasib baik dia confident jawab 4 soalan ajeeee.. betul lah tu…  ada tulisan jawi tu dia tak jawab langsung..pas tu soalan yang suruh color2 tu langsung dia tak buat.. sebab malas. bukannya dia tak tahu.. dia kata boring lah kena color2 ni.. cam budak kecik.. kat sekolah hari tu dapat no 2, tengok kertas soalan, yg kaler2 semua dia cincai boncai aje.. haii tak tahu lah dia dapat ke tak..
 
Ibu bapa di benarkan menunggu di kawasan sekolah. tp mama tak tunggu lama sebab nak pergi ambik barang di rumah kawan mama. (barang ape? JDM5) Lepas tu terus temankan baba makan, duduk baca paper.. pukul 10 baru datang balik ambik Fahda. sementara tu mama pergi belikan air milo & kuih sikit untuk bekalan fahda.. mesti penat masa buat exam tu.

mintak2 ada lah rezeki dia kat situ…. tawakal aje. insya-allah. hari tu peergi sekali dgn azli, x-isd. nak masukkkan anak dia jugak.


LC Report Card Day

June 3, 2009

1. Last week attend report card day kat sekolah Fahda. Alhamdulillah overall performancenya sangat2 bagus. Fahda dapat no 2 dalam kelasnya yang seramai 9 orang itu.. hehee.. 100 for BI & math, 96 for BM, 84 for pendidikan islam.

2. Analisa Bakat Melalui Finger Printing
kat sekolah tu sempat kami buat Analisa Bakat Melalui Finger Printing. nak tahu lebih lanjut pasal Analisa Bakat Melalui Finger Printing ni boleh surf website : http://www.airbornediscovery.com/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=1&Itemid=1

Resultnya.. Fahda cenderung ke Otak kanan sebanyak 56%. (Fungsi otak sebelah kanan adalah lebih  kepada fikiran holistik, emosi, kreativiti, seni dan muzik. ) selebihnya kepada otak kiri (fungsi otak kiri pula adalah untuk fikirian analitikal, logik, bahasa, sains dan matematik. ).
- leadership, management,
- Finally, kareer yang sesuai untuk fahda… arkitek, designer, hmmm…. iye ke..? may be or not.. dont know….

3. Sabtu ni fahda akan menduduki Ujian Kelayakan masuk sekolah agama integrasi seksyen 9, shah alam. ughh.. tawakal saja lah, sbb fahda pun memang tunjukkan prestasi yang baik, rajin belajar sepanjang sebulan ini.. insya-allah ada rezeki mu nak…

maafkan mama.. malas betul nak update blog ni.. :-)


1st Assessment Test

May 14, 2009

Minggu ni fahda ada Assessment test untuk sekolah LC.

Isnin – B.Melayu & Matematik
Selasa – English & Agama
Rabu – Sains
Khamis – Recap

Rasa nya tak de masalah kot sbb Fahda memang ada rutinnya sendiri. At least 1 math worksheet in a day.  every day ada 2-3 worksheet math, BM, BI yang dia kena buat. Cuma yang mama risaunya sbb tak tahu nak ajar ape bila bab agama. Mungkin iqra’ dan tulisan jawi. itu aje yg mama boleh ajar.. Macam tu jugak dgn subject Sains. Sebab tu mama prefer kalau cikgu bagi anak2 ni bawak balik kerja sekolah. at least mama tahu ape yang dia belajar di sekolah. soal membebankan anak2 dengan kerja sekolah ada lah salah. bg mama bg kerja sekolah bermakna anak tu boleh meneruskan belajar di rumah, lebih fokus dan ini boleh membantu memupuk sikap belajar tak kira di mana pun berada. di rumah, sekolah, di dalam kereta.. everywhere… konsisten.

Anyway bila fahda balik on the first day of test, dia dengan bangga berkata yang Fahda yg siap dulu. semuanya betul. cikgu tak kasi tiru kawan. fahda rasa mcm senang aje. matermatik tak de tolak2 pun. ada campur aje.. (ni terlebih advance dah ni.. nak masuk darab dah kalau belajar di rumah). alhamdulillah.. Syukur. Tengoklah nanti final resultnya mcm mana. semalam balik dia siap dah inform yang dia dapat seratus 2 kali.. subjek ape tu tak tahu lah.

Betul lah kata orang anak yang exam, emak pulak yg kecut perut. anyway study is still going on sbb ada 1 more test ujian kelayakan masuk darjah satu sekolah rendah agam integrasi seksyen 19, shah alam. Mintak2 semuanya dipermudahkan. Amiinn…


May 14, 2009

Assalamualaikumm.. ada orang tak?

hehhee.. Lama tak update.. dah bersawang dah blog ni. alasan2 malas mengupdate blog :

1. malas

2. busy

3. boring

4. ntah lah..

5. bosan kot..

kesimpulannya.. MALASSSS…!

hehehe:-)


English Day..

April 16, 2009
lama tak chat pasal anak2 ni..
 
semalam kan sy tengok citer movie omputih kat TV .. fahda pun tengok sekali.. ada budak pompuan dlm kapalterbang… lepas tu fahda tanya, mama budak tu cakap english ke mama? kenapa diorang pandai cakap english?
 
Saya jawab sbb diorang tu hari2 cakap english. lama2 pandai lahh.. tp diorang tak pandai cakap melayu..
 
Fahda jawab balik. kalau mcm tu fahda pun nak cakap english tiap2 hari lahh.. nanti fahda lagi pandai dr doirang , blh cakap melayu, cakap english…
 
haaa lepas tu dia mula lah cakap english.. dia sikit2 dah tahu perkataan dlm english benda2 dalam rumah & bpart badan ni, cam kitchen, bed, bedroom, pillow, hair, hand, elbow, mattress, room, toilet.. jadinya broken english kelam kabut dibuatnya.. tp sbb dia ni rajin bertanya so bnyk benda lah dia tangkap.
 
pagi tadi lepas mandi dia cakap… mama, i dah bath. boleh ambik towel i… leg i, face i, hand i, hair i.. err ape lagi.. toes i, nose i, mouth i dah basah. Mamaaaa.. basah dalam english ape?
 
hehee.. kelakar lak..  skrg ni cakap dgn saya ber u & i…  nampaknya from now on everyday is our English day…alhamdulillah Fahda ni memang rajin belajar & cepat tangkap pula tu…

For parents; konsisten mengajar….

March 2, 2009

Bertanya pada seorang kawan mengenai anak lelakinya yang sebaya Fahda. “Dah pandai membaca ke belum?”

Kawan tu menjawab, “Tak haraplah dia boleh membaca seawal ini… “

ha? oo.. okay faham sebab anak dia lelaki. seperti umum saya faham lelaki sifatnya nakal, kurang dengar cakap, kurang konsentrasi. Namun pada pendapat saya, belum cuba belum tahu. Dan kerana anak itu anak lelaki lah ibu bapa harus berusaha lebih untuk memastikan anak itu  mendapat didikan seawalnya.

Bagi saya tak mengapa kalau anak itu lambat tangkap, susah nak dapat apa yang diajar. Yang penting ialah konsistensi ibu bapa mengajar anak itu. Ibu bapa harus konsisten mengajar, kalau tak dapat cara A, gunakan cara B. Kalau tak boleh 30 minit, buat 10 minit or 5 minit. 5 minit tapi konsisten setiap hari pada bila2 masa.

Kalau saya, Fahda jenis yang mudah diajar, dan selalunya saya akan mengajarnya sampai dia sendiri surrender. Pada mula dulu memang sy tetapkan 5 minit curi2 masanya sekejap untuk membaca fonik2 yang mudah. sekurang2nya abis 1 muka surat, kemudian sy lepaskan fahda untuk bermain lagi..

Contohnya :
- kalau duduk depan TV, masa iklan tu saya duduk bersamanya baca lagi 1 muka surat. habis iklan saya bangun.
- masa fahda tunggu saya buat susu, sy bg dia buku untuk dibaca. We must give & take. I prepare your susu and you read this book for me. 1 page only.
- sebelum keluar bermain about 1 hour, Fahda kena membaca sekurang2nya 2-3 muka surat, ikut level susah/senang buku tu.
- sebelum tidur, bacakan 1 buku atau pun bercerita.

Tak lama.. itu semua dalam masa 5 -10 minit sahaja. Lama-kelamaan dia sudah biasa, dan menjadi amalan, akan dibuat tanpa disuruh. Kalau di suruh pula, dia tidak akan membantah.

Saya sangat bangga bila Fahda cakap, “Fahda suka pergi sekolah sebab dekat sekolah, Fahda boleh baca buku banyak-banyak… ” :-) haii.. sejuk perut mama ni….

Saya percaya setiap anak-anak ada level, track tersendiri semasa belajar. Ada yang boleh mengejar dengan laju, ada perlahan. Yang penting pembelajaran itu harus berterusan. Bila sampai masa, anak yang perlahan itu dengan sendirinya akan dapat memahami apa yang diajar. Macam magic!